Artikel PilihanModifikasi

NISSAN 350Z OFFROAD : INI YANG DILAKUKAN BILA CUBA LARI DARI KEBIASAAN

Ketika saat paling membosankan dalam hidup, kena marah dengan mak, awek, bini atau anak-anak buat perangai, apa yang akan anda lakukan? Keluar dengan memandu laju macam orang gila? Atau pandu kereta Waja ke workshop dan kerat bumbung jadikannya cabriolet?

Ada yang lebih tak rasional dari itu. Nissan 350Z yang dimiliki oleh Marcus Meyer ini telah menjalani transformasi satu-satunya di dunia – dibuat untuk kegunaan sukan lasak. Boleh gelarkan off-road, rally atau apa sahaja yang anda rasakan sesuai.

BACA РMITSUBISHI TRITON STREET MOD

BACA – HENESSEY VELOCIRAPTOR 6X6 =RM1.2 JUTA

fairlady 350Z rally (1)

Fairlady bukanlah dicipta untuk tujuan itu. Model Z33 enjin 3500CC ini lebih banyak menghabiskan masa di petak kereta pameran ataupun gelanggang drift. Kereta sports murah sebelum kehadiran Nissan GT-R ini juga adalah fenomena penting dalam transisi rekabentuk klasik Nissan kepada gaya Nissan-Eropah semenjak Charles Ghosn dari Peugeot mengetuai syarikat ini.

Setelah digantikan dengan moden 370Z, nilai jual balik 350Z ini berada dalam lingkungan harga RM50,000  di pasaran tempatan. Ya. Ia boleh dibeli semurah sebuah Perodua Myvi sebab kereta ini cuma ada satu pilihan enjin 3,498cc.

Sebelum anda bergembira dengan harga jualan sebuah Fairlady dan membelinya suka juga kami ingatkan komitmen cukai jalannya ialah sebanyak RM4,371 setahun. Sila tonton video di bawah.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button