Buletin

KUASA & PENJIMATAN – MAZDA6 & CX-5 SKYACTIV-D DIESEL

Selepas beberapa ketika menjalankan pandu uji dan penyelidikan kesesuaian, Bermaz Motor akhirnya mengambil langkah berani apabila memperkenalkan model diesel mereka.

Mazda-CX-5-SKYACTIV-D-launch-2016-mekanika (2)

Pengenalan Mazda6 dan CX-5 diesel menjadikan Mazda jenama pertama dari Jepun yang menawarkan model sebegitu ke pasaran tempatan.

Harus tahu bahawa enjin diesel yang dikenali sebagai SKYACTIV-D itu merupakan enjin clean diesel. Ia bukan sahaja bersih, malah berkuasa dan sangat menjimatkan.

Mazda6-SKYACTIV-D-launch-2016-mekanika (7)

Memandangkan enjin itu mematuhi piawaian emisi emisi Euro6, jadi ia menikmati rebat cukai untuk kereta eco di Jepun. Lebih menarik lagi, enjin diesel bersesaran 2.2 liter itu tidak memerlukan sistem rawatan susulan  NOx (nitrogen oksida) yang mahal.

Mazda SKYACTIV-D dilihat berjaya menyelesaikan banyak isu yang biasanya dikaitkan dengan enjin diesel. Hasilnya, enjin diesel itu lebih kecil, ringan dan berkuasa.

Mazda6-SKYACTIV-D-launch-2016-mekanika (2)

Enjin diesel yang dipadankan dengan kotak gear automatik itu berupaya menghasilkan kuasa 173hp @ 4,500rpm. Percayakah anda bahawa output tork enjin tersebut dapat mencapai sehingga 420Nm? Kuasa yang bersamaan dengan enjin petrol V8, tetapi jauh lebih menjimatkan.

Enjin diesel generasi baru ini hadir dengan pengecas turbo dua peringkat. Ini bagi menawarkan maklum balas yang lancar dan linear daripada pecutan enjin yang rendah hingga tinggi. Di samping menambah baik aspek tork akhir yang rendah dan tinggi.

Mazda-CX-5-SKYACTIV-D-launch-2016-mekanika (1)

Dalam erti kata lain, sebuah turbo kecil dan sebuah unit turbo lebih besar akan beroperasi mengikut kondisi pemanduan. Jadi, sistem itu mampu menawarkan tork tinggi pada kelajuan rendah. Kuasa tinggi ketika memecut dan pembakaran yang bersih sepanjang kitaran tersebut.

Bermaz dilihat mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk rangkaian model dieselnya. Namun, buat masa sekarang hanya Mazda6 dan CX-5 berenjin diesel ditawarkan.

Mazda6-SKYACTIV-D-launch-2016-mekanika (5)

Jika sambutan daripada pengguna cukup menggalakkan, tidak mustahil Bermaz Motor  akan menawarkan model CX-3 dan Mazda2 pula. Memang sangat menarik! Malah, CX-3 kini sudah pun memulakan ujian penilaian.

Untuk menawarkan pakej yang bernilai untuk wang Mazda CX-5 SKYACTIV-D akan dipasang tempatan (CKD). Sementara Mazda6 dibawa terus dari Jepun dalam bentuk CBU.

Mazda-CX-5-SKYACTIV-D-launch-2016-mekanika (3)

Mazda6 SKYACTIV-D boleh anda miliki pada harga RM202,830 (di atas jalan tidak termasuk insurans). Ia hadir dalam empat warna menarik iaitu merah, putih, kelabu dan perak.

Mazda CX-5 dengan pacuan dua roda (2WD) pula berharga RM161,529 (di atas jalan tidak termasuk insurans). Anda boleh memilih daripada empat warna: perak, putih, biru dan kelabu.

Google ads
Back to top button