Buletin

TRAGEDI KETIKA HANTAR ANAK SEKOLAH – KERETA TERBAKAR HAMPIR 90%

Sesi persekolahan 2023 telah pun bermula dengan pelbagai gelagat dan ragam dapat kita saksikan, sama ada melalui pengalaman sendiri mahu pun membaca hantaran di media sosial.

Namun di sebalik semua itu, nasib berbeza menimpa seorang bapa ketika menghantar empat anaknya ke sekolah selepas kenderaan dinaiki terbakar berhampiran sebuah lampu isyarat di Chembong, Negeri Sembilan.

Pemandu menyatakan dia terhidu bau hangit lalu segera ke bahu jalan. Beberapa penunggang motosikal di jalan tersebut turut mengesan terdapat asap di bahagian hadapan kereta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Zulfadzli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.20 pagi dan segera ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

“Kesemuanya anaknya tiga lelaki dan seorang perempuan berusia enam hingga 17 tahun segera keluar dari kenderaan ke tempat lebih selamat. Mangsa menghubungi talian Mers 999 bagi bantuan lanjut,” katanya hari ini.

Sebaik tiba didapati kebakaran membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Livina sedang terbakar.

Kenderaan berkenaan dianggarkan terbakar sekitar 90 peratus, manakala, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Kosmo Online

Google ads
Back to top button