" "
Buletin

UMW TOYOTA RASMI BUKA PUSAT 3S BAHARU DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi membuka pusat 3S baharu di Kota Samarahan, Sarawak yang dikendalikan oleh Borneo Mobility (Samarahan) Sdn Bhd.

Kemudahan baharu ini terletak strategik kira-kira 30KM dari tenggara Kuching dan akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan dan perkhidmatan Toyota di kawasan tersebut.

Borneo Mobility (Samarahan) Sdn Bhd, merupakan pengedar UMWT sejak tahun 2020, telah membina kehadiran yang kukuh di rantau ini.

Pusat 3S baharu ini dilengkapi dengan lima ruang servis untuk menyediakan penjagaan selepas jualan yang efisien kepada pelanggan Toyota dan dijangka menyumbang tambahan 12 peratus kepada jumlah jualan Borneo Mobility.

“Pusat servis 3S baharu ini adalah cara kami untuk mendekatkan jenama kami kepada pelanggan, di mana sahaja mereka berada, sambil memastikan mereka mempunyai akses tanpa halangan kepada perkhidmatan kami apabila mereka memerlukannya,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K.

Pusat 3S baharu ini terletak di Lot 9040-9043, Blok 26, 15-20 Uni Alam Commercial Centre, Jalan Datuk Mohamad Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.

Waktu operasi adalah dari 8:00 pagi – 5:30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan 8:00 pagi – 1:00 petang pada hari Sabtu.

Pelanggan yang ingin mencari bilik pameran Toyota atau pusat servis terdekat boleh melawat https://www.toyota.com.my atau menghubungi talian bebas Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button