
URBAN PLAYGROUND FORD
Ford hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan siri jelajah pengalaman Fiesta 1.0L Urban Playground bermula pada 19 – 20 April depan.
Orang ramai yang mengunjungi siri jelajah tersebut boleh memandu uji Fiesta 1.0L EcoBoost dan menguji teknologi serta ciri-ciri pintar seperti sistem ketersambungan Ford SYNC. Mereka juga akan menerima barangan eksklusif Ford selepas sesi pandu uji tersebut.
Selain mencuba Fiesta 1.0L EcoBoost, anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik dan berkongsi pengalaman pandu uji masing-masing di laman Facebook Ford Fiesta Malaysia(www.facebook.com/fordfiestamy) untuk peluang memenangi pencetak mobil pintar LG Pocket Photo yang terhad.
Siri jelajah pengalaman Fiesta 1.0L Urban Playground akan diadakan di beberapa lokasi terpilih selama sembilan hujung minggu berturut-turut bermula pada 19 – 20 April di bilik pameran Sime Darby Auto Connexion di Petaling Jaya.
Jadual penuh sembilan minggu siri jelajah adalah seperti berikut:
| Tarikh | Lokasi |
| 19 – 20 April | Sime Darby Auto Connexion, Petaling Jaya, Selangor |
| 26 –27 April | Sime Darby Auto Connexion, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur |
| 3 – 4 Mei | Persada Auto, Puchong, Selangor |
| 10 – 11 Mei | Semangat Anggun Auto, Klang, Selangor |
| 17 – 18 Mei | Capital Intertrade, Damansara, Petaling Jaya, Selangor |
| 24 – 25 Mei | Trio Mantap, Ampang, Selangor |
| 31 Mei – 1 Jun | Sime Darby Auto Connexion, Juru Auto-City, Pulau Pinang |
| 7 – 8 Jun | Airmas Auto, Pulau Pinang |
| 13 – 14 Jun | Auto Lumina, Johor Bahru |
Boleh didapati di semua bilik pameran di Semenanjung Malaysia tidak lama lagi, Ford Fiesta 1.0L EcoBoost akan mula dijual di Sabah dan Sarawak pada Mei. Ford akan mengumumkan harga rasmi dan spesifikasi penuh apabila tarikh kebolehdapatannya semakin hampir.
Pelanggan yang membuat tempahan Ford Fiesta 1.0L EcoBoost baharu di laluan pandu uji di Urban Playground bakal menerima satu fon kepala Edifier yang eksklusif ketika mendaftar.
“Kami teruja untuk menambah enjin 1.0L EcoBoost ke dalam keluarga rangkaian kuasa EcoBoost yang kian berkembang di Malaysia. Ia pasti dapat mengukuhkan lagi tarikan terhadap jenama Ford di sini,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.












