
SDAC TAWAR PROMOSI EKSKLUSIF – MENANGI PAKEJ PERCUTIAN FORD RANGER GETAWAYS MELALUI PERADUAN SLOGAN KREATIF
Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) kini menjalankan kempen promosi istimewa bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2024.
Promosi eksklusif ini menawarkan peluang kepada pemilik baharu Ford Ranger untuk memenangi Percutian Ford Ranger Getaways melalui peraduan slogan kreatif.
Peraduan ini terbuka kepada semua varian Ford Ranger generasi baharu, termasuk Ranger Raptor selain, semua pemilik baharu Ford Ranger yang mana kenderaan mereka diterima dalam tempoh peraduan ini adalah layak untuk ikut serta.
Peserta boleh menyertai peraduan ini dengan menghantar slogan sepanjang 20 patah perkataan yang menceritakan detik manis “Live the Ranger Life” mereka bersama Ford Ranger baharu masing-masing.

Untuk menyertai peraduan percutian Ford Ranger Getaways ini, pelanggan perlu membeli dan menerima serahan Ford Ranger mereka antara 1 Jun dan 31 Julai 2024.
Kemudian, mereka boleh menghantar slogan kreatif melalui platform rasmi peraduan sebelum 31 Julai 2024 dan setiap peserta hanya layak untuk satu penyertaan bagi setiap pembelian Ford Ranger generasi baharu.
Peraduan ini terbuka kepada semua warga negara dan penduduk tetap Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pemenang peraduan Percutian Ford Ranger Getaways ini akan menikmati percutian dua hari satu malam di The Kahaani Resort, Janda Baik, Pahang untuk 2 orang.

Sembilan pemenang akan dipilih setiap bulan, dengan jumlah keseluruhan 18 pemenang sepanjang kempen berlangsung.
Pemenang akan diumumkan pada bulan Ogos dan percutian ke The Kahaani dijadualkan pada 7-8 September 2024.
Tambahnya lagi, semua pemenang perlu menyertai percutian di The Kahaani di Janda Baik menggunakan Ford Ranger generasi baharu mereka sendiri.
Bagi pemenang dari Malaysia Timur, sebuah Ford Ranger akan disediakan untuk percutian tersebut.
Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Percutian Ford Ranger Getaways, SDAC dan Ford, anda boleh melayari www.sdacford.com.my.
- BACA: PRODUKSI VOLVO S60 DITAMATKAN DI A.S HUJUNG BULAN INI
- BACA: BENGKEL MUSNAH AKIBAT KEBAKARAN, PEMILIK PERLU RM50K BAGI GANTI 20 MOTOSIKAL
- BACA: ENJIN HIBRID V10 ROLLS-ROYCE INI MAMPU HASILKAN 1475 HP – POWER BETUL NI
- BACA: MERCEDES-BENZ GLA 250 4MATIC 2024 TIBA DENGAN SISTEM MILD-HYBRID 48 VOLT – JANA 224HP, HARGA RM295K