Buletin

PEMILIK TERKEJUT MEKANIK SELAMBA GUNA KERETA PERGI MEKDI LEPAS 10 MINIT HANTAR KE BENGKEL

Sebuah video tular di laman TikTok apabila seorang pemilik kereta Ford Fiesta merakam seorang mekanik menggunakan keretanya ke McDonald’s setelah hanya 10 minit menghantar kereta tersebut ke bengkel.

Menurut pemilik kenderaan, Rique, dia menghantar keretanya ke bengkel untuk tujuan pemeriksaan dan memilih untuk pergi ke McDonald, sementara menunggu kenderaan siap diperiksa.

Melalui video tersebut, Rique merakam seorang mekanik yang membawa pelbagai minuman dan makanan ke dalam Ford Fiesta miliknya.

Rique turut menceritakan kejadian sebenar kepada pekerja McDonald’s dan menyiarkannya di TikTok hingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

“Anda nampak sangat tenang. Kalau ini terjadi kepada saya, saya akan buat aduan dan takkan bayar servis dilakukan mereka. Kereta pelanggan bukan untuk dijadikan kegunaan membeli, menghantar makanan!” komen seorang netizen.

Komen lain, “Ini turut berlaku kepada saya. Mereka menggunakan minyak kereta saya. Jika mereka kemalangan, insurans saya tidak akan melindunginya.”

Kereta itu berada di pusat pemeriksaan keselamatan kenderaan bermotor Maryland untuk diperiksa pelbagai komponen termasuk brek, suspensi dan sistem bahan api.

Pusat pemeriksaan itu juga dikehendaki memastikan meter kelajuan, odometer berfungsi dan ini bermakna kenderaan pelanggan perlu dipandu sekurang-kurangnya dalam jarak yang dekat.

Rique kemudian berkata dia telah berjumpa dengan pihak pusat pemeriksaan tersebut dan bertanya sama ada ini perkara biasa atau sebaliknya.

Mereka dilaporkan menjawab ya dan menyatakan ia adalah perkara biasa. Rique bagaimanapun tidak berasa kecewa atau marah tentang kejadian itu.

Google ads
Back to top button