SDAC-FORD CATAT HASIL JUALAN 8,858 UNIT FORD RANGER DAN FORD EVEREST PADA 2023 – TERIMA PELBAGAI PENGIKTIRAFAN
Sime Darby Auto Connexion-Ford (SDAC-Ford), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, memasuki tahun baharu dengan pelbagai pencapaian pada 2023, sekali gus memantapkan kedudukannya dalam industri automotif negara.
SDAC-Ford mencatatkan rekod jualan tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest dijual pada 2023, mencerminkan pilihan dan tahap kepercayaan pengguna Malaysia yang semakin kukuh.
Sejak dilancarkan, Ford Ranger Generasi Baharu ternyata popular dan mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran Malaysia kerana prestasi dan kualiti luar biasanya.
Model Ranger Raptor Generasi Baharu enjin Petrol 3.0L menawarkan enjin berkuasa V6 Twin Turbo dengan hamburan kuasa 397PS dan 583Nm tork, membawakan pengalaman memandu luar biasa.
Sementara itu, model Ranger Platinum Generasi Baharu yang baru dilancarkan pada bulan November tahun lepas, dilengkapi dengan ciri-ciri canggih, menjanjikan keselesaan mewah serta teknologi pintar.
Menurutnya, satu faktor penyumbang penting kepada kejayaan syarikat ialah perkembangan mantap rangkaian pengedar SDAC-Ford untuk menambah baik pengalaman servis Ford.
Pada tahun lepas, syarikat telah menyempurnakan upacara pecah tanah bagi premis pengedar Ford Signature bernilai RM12 juta yang terletak di Jalan Baru, Seberang Prai.
Bukan itu sahaja, kehebatan kenderaan Ford turut mendapat pengiktirafan dengan kemenangan pelbagai anugerah yang diterima pada 2023.
Paling bermakna ialah kejayaan Ranger WildTrak Generasi Baharu yang memenangi anugerah berprestij Kereta Terbaik Malaysia 2023 bagi kategori Trak Terbaik dan Ranger Raptor 3.0L V6 Twin Turbo Generasi Baharu mendapat Sebutan Khas.
Pengiktirafan terus diperoleh apabila Ford Ranger dipilih untuk Anugerah Pilihan Rakyat Carlist.my bagi Trak Pikap Terbaik 2023, manakala Ranger WildTrak Generasi Baharu telah dipilih sebagai ‘Trak Pikap Terbaik’ oleh Anugerah Kenderaan Terbaik Allianz DSF.my (VOTY) 2023.
Melengkapkan senarai kemenangan adalah Ford Ranger Generasi Baharu, menerima Anugerah Pilihan Editor CarPlus bagi kategori Trak Pikap Terbaik bagi 2022-2023.
Malah, Ford Ranger Raptor Generasi Baharu juga memenangi anugerah Kereta Terbaik di acara tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian model terbaik Ford, sila layari www.sdacford.com.my atau ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter atau YouTube.