Buletin

VCM CATAT JUALAN 3,194 UNIT PADA 2022. NAIK 43% BERBANDING TAHUN LALU

Volvo Car Malaysia (VCM) dilihat meneruskan pertumbuhan pesat di Malaysia apabila mengakhiri tahun 2022 dengan rekod jualan keseluruhan 3,194 unit. 

Angka itu menunjukkan pertumbuhan jualan tujuh tahun berturut-turut dengan kenaikan sebanyak 43 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus mencatat rekod tertinggi buat VCM.

Bukan itu sahaja, Disember 2022 menjadi bulan paling berjay VCM apabila berjaya mendaftar lebih 395 unit kenderaan. Ia disumbang oleh dua model EV pemasangan tempatan iaitu Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric.

VCM kini sedang berusaha untuk menyerahkan XC40 EV kepada pelanggan. Sementara C40 menerima lebih 100 tempahan dalam talian selepas 10 hari dilancarkan. Kedua-dua model berkenaan dipasang di kilang VCM di Shah Alam. 

VCM nyata komited untuk menjadi syarikat EV sepenuhnya menjelang tahun 2030. Ia mensasarkan 75 peratus jualan di Malaysia terdiri daripada model EV pada tahun 2025.  

Di peringkat global, jualan keseluruhan Volvo Cars mencecah  615,121 unit pada tahun 2022. Permintaan terhadap model Recharge Volvo terus meningkat kepada 43.8 peratus.  

Google ads
Back to top button