
VOLVO ANJUR KEMPEN ‘SECRET SALES’ DENGAN TAWARAN EKSKLUSIF DAN HADIAH MISTERI BERNILAI SEHINGGA RM200,000
Volvo Car Malaysia bakal menutup tirai tahun 2025 dengan kempen jualan istimewa Volvo Secret Sales, yang akan diadakan dari 14 hingga 16 November 2025 di semua pengedar sah Volvo di seluruh negara.
Menariknya, kempen selama tiga hari ini bukan sekadar menawarkan potongan harga biasa, pelanggan bakal menikmati “rebat rahsia” di samping promosi sedia ada, serta peluang memenangi hadiah bernilai keseluruhan sehingga RM200,000.
Sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftar kenderaan mereka sebelum 30 November 2025 akan menerima diskaun tambahan yang hanya didedahkan semasa acara berlangsung.

Selain itu, mereka turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan termasuk:
- Tiket penerbangan bernilai hingga RM100,000 ke destinasi pilihan,
- Gajet elektronik terkini bernilai hingga RM50,000, dan
- Kotak hadiah eksklusif Volvo bernilai RM50,000.
Untuk melayakkan diri, pelanggan perlu membuat tempahan dalam tempoh promosi serta berkongsi kisah Volvo journey mereka di Instagram atau Facebook dengan tanda pagar #MyVolvoJourney, menandai akaun @VolvoCarMalaysia dan pengedar terlibat. Pastikan akaun media sosial berada dalam mod awam semasa hantaran dibuat.
Tawaran Menarik Untuk Model Terpilih

Antara model yang menjadi tumpuan termasuk Volvo EC40 Twin, yang kini ditawarkan dengan rebat sehingga RM40,888, namun stoknya amat terhad.
Model EX30, SUV elektrik paling mampu milik Volvo, turut menawarkan penjimatan sehingga RM33,888, manakala XC40 Mild Hybrid hadir dengan potongan harga sehingga RM30,000.
Bagi keluarga yang mengutamakan keselesaan, XC60 MY25 didatangkan dengan rebat sehingga RM30,000 serta pakej VSP Plus 5 bernilai RM15,800.
Untuk model premium seperti EX90, pembeli akan menerima insurans percuma tahun pertama bernilai RM10,000 dan pemasangan pengecas dinding bernilai RM5,000.
Sementara itu, XC90 baharu pula menawarkan VSP Plus 5 bernilai RM15,800 bersama tawaran trade-in sehingga RM15,000.
Model lain seperti XC60 versi terbaharu dan EC40 Single turut disertakan dengan insurans percuma serta pengecas dinding, menjadikan kempen ini waktu paling sesuai untuk menaik taraf ke kenderaan Volvo baharu.

Tempah Awal Untuk Tawaran Eksklusif
Kempen Volvo Secret Sales akan berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari di semua bilik pameran Volvo di seluruh Malaysia.
Pelanggan digalakkan membuat tempahan awal bagi menikmati layanan peribadi dan memastikan kelayakan terhadap tawaran terhad ini.
Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di volvocarmalaysia.com/secret-sale.
Selain tawaran menarik, Volvo Car Finance turut menyediakan pelan pembiayaan fleksibel dengan kadar faedah serendah 2%, serta kemudahan kelulusan pinjaman pada hari yang sama, menjadikan pemilikan kenderaan Volvo lebih mudah berbanding sebelum ini.
- BACA: PROTON PERKENALKAN SAGA SERBA SEBELUM PELANCARAN RASMI
- BACA: GGR MOTOR DEDAH PROTOTAIP MOTOSIKAL ELEKTRIK BAHARU – PANTERA R1 DAN R2, JARAK GERAK 300KM
- BACA: MAZDA PERKENAL LOGO BAHARU – REKA BENTUK MINIMALIS DAN SESUAI UNTUK ERA DIGITAL
- BACA: SEAT IBIZA 2026 – PILIHAN HATCHBACK YANG MESRA POKET








