Buletin

RANGKAIAN PURE ELECTRIC KINI TERSEDIA DI PLATFORM ‘ONLINE SALES’ VOLVO CAR MALAYSIA

Volvo Car Malaysia kini menawarkan rangkaian penuh bagi model Pure Electric di platform ‘Online Sales’ bagi membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah lebih lancar.

Menerusi ‘Online Sales’, ia membolehkan pelanggan membuat pembelian melalui kaedah pembayaran yang selamat, dapat melihat ketersediaan stok atau harga, serta memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan.

Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Charles Frump berkata, “Sejak pengenalan ‘Online Sales’, platform ini memudahkan pelanggan kami untuk membeli kereta Volvo selain dibantu oleh ketelusan serta ketersediaan stok kereta kami.

Setakat hari ini, platform ini turut menyediakan rangkaian penuh model Pure Electric dan kami merancang untuk mengintegrasikan lebih banyak lagi model kereta Volvo tidak lama lagi.”

Kemas kini platform tersebut menandakan hasrat Volvo Car Malaysia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penggerak utama segmen e-mewah.

Dengan tawaran sedia ada, Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric kini tersedia melalui platform e-dagang tersebut.

Para pelanggan boleh membuat tempahan dan pembayaran secara terus kepada Volvo Car Malaysia melalui laman web rasmi syarikat tersebut di www.volvocars.com/my.

Selain itu, Volvo Car Malaysia juga menawarkan baucar pengexas dinding (wallbox) bernilai RM7,000 serta Insuran Volvo Car untuk tahun pertama secara percuma bagi setiap pembelian Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric daripada 1 Mei sehingga 30 Jun.

Google ads
Back to top button