VOLVO XC90 DAN XC90 RECHARGE PHEV TERIMA PENGIKTIRAFAN IIHS TOP SAFETY PICK+ 2023
SUV mewah Volvo XC90 memenangi anugerah TOP SAFETY PICK+ 2023 oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS). Pengumuman ini dibuat selepas IIHS mengetatkan lagi syarat untuk anugerah TOP SAFETY PICK (TSP) dan TOP SAFETY PICK+ (TSP+).
Dengan kriteria baharu lebih ketat, setiap kenderaan memerlukan perlindungan pelanggaran sisi yang lebih baik, sistem pencegahan pelanggaran pejalan kaki yang dipertingkatkan dan menyingkirkan lampu hadapan di bawah taraf kelayakan.
Setelah dikemas kini, ia melibatkan 82 peratus lebih tenaga dan memerlukan kenderaan memperoleh penarafan terbaik untuk melayakkan diri memperolehi TSP, manakala penarafan yang baik diperlukan bagi mendapatkan TSP+.
Kedua-dua versi hibrid ringan (XC90) dan hibrid plug-in (XC90 Recharge) XC90 telah mendapat anugerah TSP+. Selain ciri keselamatan, XC90 Recharge menawarkan sehingga 77 kilometer (NEDC) atau 35 batu (EPA) pemanduan elektrik sepenuhnya dalam mod Pure.
Selain itu, Volvo Cars turut fokus terhadap kelestarian dengan mengumumkan rancangan untuk menjual kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030 dan menyasarkan mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2040.
Sah untuk masa terhad, pelanggan yang berminat dengan Volvo XC90 B5 Ultimate Mild-Hybrid ataupun Volvo XC90 Recharge T8 Plug-In Hybrid dapat menikmati pakej perkhidmatan lima tahun percuma (VSA5+) jika pelanggan membuat tempahan dari 1 hingga 31 Mac 2023.
VSA5+ atau dikenali sebagai ‘Volvo Service Agreement 5 Plus’ ialah pakej perkhidmatan kereta komprehensif selama 5 tahun daripada Volvo Cars, meliputi lima perkhidmatan kereta pertama termasuk item Wear and Tear yang mungkin perlu diganti. Log masuk ke https://www.volvocars.com/my untuk mengetahui lebih lanjut atau kunjungi pengedar Volvo terdekat anda.
Selain daripada Volvo XC90, Volvo Car Malaysia juga menawarkan VSA5+ untuk model Volvo S60, Volvo S90, Volvo V60, Volvo XC60 dan Volvo XC40 B5.
Tempahan untuk Volvo XC40 Recharge Pure Electric pula akan disertakan dengan baucar soket pengecas kediaman (wallbox) percuma bernilai RM7,000. Tawaran ini sah hingga 31 Mac 2023.
- BACA: VOLVO CAR MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S BAHARU DI SETIA ALAM – TAWAR KHIDMAT SERBA LENGKAP
- BACA: VOLVO CAR MALAYSIA RECALL 545 UNIT KERETA, MASALAH MODUL KAWALAN BREK
- BACA: JUALAN VOLVO CAR MALAYSIA MENINGKAT 43 PERATUS PADA TAHUN LALU, PERTUMBUHAN JUALAN KUKUH 7 TAHUN BERTURUT-TURUT
- BACA: VOLVO CAR MALAYSIA LAKSANA DASAR FAMILY BOND. BERI CUTI PATERNITI 42 MINGGU KEPADA PEKERJA