Buletin

VCM UMUM KEMASKINI RANGKAIAN PHEV – BERADA DI PASARAN SEPTEMBER INI

Volvo Car Malaysia baru-baru ini mengumumkan bakal memperkenalkan kemaskini bagi rangkaian kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) baharu iaitu Volvo XC90, XC60, S90, S60 dan V60.

Menurutnya, pengemaskinian tersebut akan disertakan dalam model yang dikeluarkan mulai September selain, turut menampilkan warna baharu, Vapour Grey.

Selain itu, semua model elektrik hibrid plug-in Volvo 2024 juga dilengkapi bersama dengan pengecas bersepadu (on-board charger/OBC) yang boleh menampung sehingga 6.4kW.

Melalui OBC, ia membolehkan tempoh pengecasan menjadi lebih pendek sekali gus memudahkan pemilik kenderaan merancang perjalanan lebih baik.

Antara ciri luaran dipertingkatkan bagi model Volvo 2024 adalah bumbung kaca panoramik, di mana ia kini didatangkan sebagai ciri standard.

Sementara itu, Volvo S90 Recharge pula dimuatkan dengan rim lapan jejari baharu, manakala V60 Recharge serta S60 Recharge diserlahkan melalui rim enam jejari baharu.

Ciri-ciri utama lain dikemas-kini bagi rangkaian model Volvo 2024 termasuklah pengecas bersepadu (OBC) 6.4kW 2 fasa bagi semua model baharu PHEV, perkhidmatan digital percuma selama lima tahun termasuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store, fungsi kawalan jauh bagi aplikasi Volvo Cars untuk semua model baharu serta aplikasi Youtube ditambahkan dalam sistem infotainment.

Bukan itu sahaja, kesemua model kereta 2024 mempunyai rangkaian ciri keselamatan Volvo yang ekstensif seperti Cross Traffic Alert, Blind Spot Information System (BLIS), Lane Keeping Aid, dan Collision Avoidance & Mitigation dengan Steering Support and Braking.

Untuk makluman, semua model Volvo yang dikemaskini akan berada di pasaran mulai September 2023.

Pelanggan kini boleh membuat janji temu untuk memandu uji model Volvo XC90, XC60, S90, S60 dan V60 2024 melalui laman web Volvo Car Malaysia.

Google ads
Back to top button