
JUALAN MERDEKA VOLVO SELEKT KEMBALI – HARGA BERMULA RM160,000, 16 & 17 OGOS INI
Volvo Car Malaysia sekali lagi menggegarkan sambutan Merdeka dengan acara Volvo Executive Merdeka Sales, menawarkan barisan kenderaan pra-milik Volvo Selekt Certified Used Cars pada harga yang berbaloi, bermula serendah RM160,000.
Acara ini akan berlangsung pada 16 dan 17 Ogos 2025 di Symphony Square, Petaling Jaya.
Selepas kejayaan luar biasa pada tahun lalu, menyaksikan hampir 70 unit terjual pada hari pertama, edisi kali ini menjanjikan lebih banyak pilihan dengan tawaran yang sukar dilepaskan.
Semua kenderaan dipamerkan adalah dari barisan korporat Volvo Car Malaysia, termasuk unit-unit yang digunakan oleh pihak pengurusan syarikat sendiri.

Setiap kenderaan telah menjalani pemeriksaan ketat melalui program Volvo Selekt Certified, yang merangkumi lebih 125 titik pemeriksaan, kemas kini perisian terkini, serta penggunaan alat ganti tulen Volvo oleh juruteknik bertauliah.
Malah, ada model yang hanya mencatat perjalanan sekitar 5,000km sahaja.
Pembeli juga akan menikmati jaminan pengilang Volvo lima tahun tanpa had perbatuan yang masih berbaki, bantuan tepi jalan 24 jam, serta sokongan perkhidmatan digital, menjadikan pengalaman memiliki Volvo terpakai ini setaraf dengan pembelian kenderaan baharu.
Antara model menarik yang ditawarkan termasuk:
- Volvo EX30 – SUV kompak elektrik dengan teknologi dan keselamatan termaju.
- XC40 Recharge – SUV elektrik penuh yang menggabungkan prestasi lestari dan reka bentuk moden.
- XC60 dan XC90 – SUV keluarga dengan sentuhan kemewahan Scandinavia.
- S60, S90 dan V60 – model sedan dan wagon yang jarang ditawarkan, tersedia dalam jumlah terhad.
Bagi yang berminat, pakej pembiayaan istimewa turut disediakan oleh Volvo Car Finance, dengan kadar faedah serendah 2% dan kelulusan pinjaman pada hari yang sama.
Maklumat acara:
Tarikh: 16 & 17 Ogos 2025
Masa: 10 pagi – 6 petang
Lokasi: Aras 3A, Symphony Square – Menara Symphony, Petaling Jaya
Daftar temu janji anda sekarang di: https://forms.volvocarmalaysia.com/executive-sales
- BACA: HONDA ACCORD EURO R – SEBUAH MODEL SEDAN EKSEKUTIF OTAI YANG MASIH LAGI LAJU DAN LAJU
- BACA: MG IM6 – SUV ELEGAN DENGAN 751 KUASA KUDA!
- BACA: ISUZU MOTORS DAN VOLVO GROUP METERAI PAKATAN STRATEGIK, GUNA TEKNOLOGI VOLVO GROUP
- BACA: AOS2025 LABUH TIRAI, KEKAL ACARA RAIKAN KOMUNITI DAN KUSTOM CULTURE TERBESAR MALAYSIA









