Buletin

VOLVO CAR DAMAGE REPAIR CENTRE TERBESAR DIBUKA DI JURU. TAWAR TEKNOLOGI CAR-O-LINER

Volvo Car Malaysia baru-baru ini membuka pusat Volvo Car Damage Repair Centre yang terbaharu dan terbesar di Malaysia. Bertempat di Juru, Pulau Pinang, pusat servis khas itu dilengkapi sistem moden dan termaju yang selaras dengan teknologi hijau terkini. 

Ia dapat memastikan kerja-kerja baik pulih badan kereta dan cat berada pada kualiti terbaik.

“Pembukaan pusat servis ini membuktikan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan selepas jualan yang terbaik kepada pelanggan.

Para pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan hanya dalam jangka masa setahun, kami sudah membuka tiga pusat servis khas yang diharap akan dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa mereka tetap terjaga dengan penjagaan standard antarabangsa Volvo,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump. 

Dengan kedudukannya yang strategik di utara Semenanjung Malaysia, pusat servis khas berkenaan dipilih kerana ia berhampiran dengan lebuh raya utama. Dengan binaan seluas 40,000 kaki persegi, pusat tersebut dilengkapi teknologi terkini dan  juruteknik yang mahir. 

Kemudahan itu mampu mengendalikan jumlah kereta Volvo yang banyak, selain memastikan kecekapan operasi, pembaikan yang berkualiti dan perkhidmatan yang sebaik mungkin untuk pelanggan.

Pusat servis khas itu direka bentuk secara moden dan praktikal untuk melengkapi estetik berunsur Scandinavia yang dibawa oleh jenama Volvo bersama sistem termaju yang selaras dengan teknologi hijau terkini. Antaranya sistem pemeriksaan dan pembaikan kenderaan termaju, Car-O-Liner. 

Sistem penjajaran badan dan casis yang begitu berkuasa dan tepat ini membolehkan juruteknik mengesan segala kerosakan, termasuklah yang mungkin tidak dapat dilihat pada mata kasar. Dengan Car-O-Liner, kerangka badan kereta yang rosak boleh dijajarkan semula mengikut standard kilang dengan tepat, pantas dan selamat.

Pusat ini juga mempunyai ruang cat yang khusus iaitu bilik adunan dan ruang semburan PIVAB. Bilik cat PIVAB menyediakan persekitaran terkawal untuk juruteknik mengadun cat dengan tepat dan konsisten. Manakala ruang semburan PIVAB membantu menyingkirkan wasap dan partikel dari udara, untuk menyediakan ruang kerja yang lebih selamat dan sihat. 

Kedua-dua teknologi itu juga dapat mengurangkan impak terhadap alam sekitar, serta boleh memastikan kualiti cat yang terbaik untuk kereta.

Pusat servis khas tersebut terletak di Lot 829, Jalan Saga Jaya 3, Taman Perindustrian Saga Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Volvo Certified Damage Repair di Juru, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti

Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG 

GALERI

Google ads
Back to top button