Buletin

VOLVO CAR LEASING – PANDU KERETA VOLVO PADA HARGA BERMULA RM2,762 SEBULAN

Volvo Car Malaysia pada 2 Mei lalu menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pajakan dengan MyMotor (MYEG Fintech) untuk memperkenalkan Volvo Car Leasing.

Volvo Car Leasing yang pertama kali dilancarkan oleh Volvo Cars di rantau Asia Tenggara itu membolehkan pelanggan memandu sebuah Volvo tanpa perlu bimbang tentang insurans, cukai jalan, kos penyelenggaraan dan jaminan.

Bukan itu sahaja, pada penghujung perjanjian pajakan, pelanggan boleh memilik untuk memandu pulang model baru, membeli kenderaan pada harga pasaran atau jaminan nilai masa depan (FGV) atau pulangkan kereta tersebut kepada pengedar.

Program itu ditawarkan ke atas semua model Volvo yang dijual di Malaysia menerusi pengedar yang mengambil bahagian. Pelanggan boleh memandu pulang sebuah Volvo baharu dengan bayaran serendah RM2,762 sebulan.

Setiap Volvo yang dipajak hadir bersama  Volvo Service Agreement Plus (VSA+). Ia merangkumi satu senarai servis termasuklah komponen pakai lusuh.

Lebih menarik lagi, Volvo Car Leasing memberikan lebih fleksibiliti berbanding perjanjian jual beli konvensional.

“Berdasarkan kepada pengiraan kami, pelanggan boleh berjimat lebih banyak. Pelbagai kemudahan yang ditawarkan pasti menarik minat syarikat dan peengendali pengangkutan,” kata Ketua Pegawai Ekskutif MyMotor, Justin Cheah. 

Sempena pelancarannya, semua model Volvo akan ditawarkan dengan kadar promosi bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2018. Volvo Car Leasing juga memberikan baucar petrol bernilai RM300 untuk semua tempatan yang diterima dalam tempoh promosi tersebut.

Google ads
Back to top button