Motosikal

WANG PERTARUHAN LUMBA HARAM YAMAHA Y15ZR CECAH RM165K? KATANYA LEPAS TU ADA YANG KENA KUTIP…

Baru-baru ini tular berita bahawa pihak polis telah merampas dua buah motosikal Yamaha Y15ZR yang digunakan untuk tujuan lumba haram.

Apa yang menarik perhatian adalah jumlah wang pertaruhan yang didakwa mencecah RM165,000. Peh.. banyak tu..

Tindakan polis dibuat berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh daripada laman sosial Facebook. Ia menyatakan pada pada 7/6/18 jam lebih kurang jam 1300 hrs, pengadu telah terbaca satu post di laman Facebook milik ‘Matt Yie’ yang menulis:  “Tahniah ESR Garage. Game RM165,000 win. $$$$”.

Berita sama turut disiarkan oleh sebuah blog Jowiekuendah.com yang bertajuk “Selepas game RM60k pertaruhan lumba haram cecah RM160k Y15ZR bukan level rempit”.

Kedua-dua post itu sebenarnya merujuk kepada satu pertandingan lumba haram yang melibatkan dua buah bengkel motosikal iaitu Durexxx Machine dan ESR Garage di Lebuhraya PLUS KM 218 hingga KM 220 arah Utara.

Menurut ‘fakta kes’, sepasukan Unit Risikan / Operasi JSPT Bukit Aman bersama JSPT Selangor menjalankan serbuan dan pemeriksaan di sebuah bengkel yang terletak di Gombak bagi mengesan pesalah / suspek yang terlibat dalam perlumbaan yang telah ditularkan itu.

Hasil pemeriksaan mendapati (3)(L)(M) mengaku sebagai mekanik bengkel dan semasa kejadian perlumbaan, OKT mengaku berada di tempat kejadian. Serbuan telah merampas sebuah motosikal Yamaha Y15ZR warna merah dengan nombor pendaftaran VM 5723 yang digunakan semasa perlumbaan

Pada jam lebih kurang 10.50 malam pula, Unit Risikan / Operasi JSPT Perlis telah menahan (2)(L)(M) di sebuah bengkel (ESR Garage) iaitu pemilik bengkel dan penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan. Serbuan telah merampas sebuah motosikal Yamaha Y15ZR warna biru nombor pendaftaran VL 538 yang digunakan semasa perlumbaan.

Siasatan lanjut mendapati dua buah bengkel dari gombak (Durexxx machine) dan ESR Garage dari Perlis telah mengatur satu lumba haram yang mana ESR Garage memenangi perlumbaan tersebut.

Kesemua OKT mengaku terlibat dalam perlumbaan ini dan masing- masing mempunyai peranan sama ada sebagai penunggang, pomen dan pemilik bengkel.

Penganjur perlumbaan ini ialah kedua-dua buah bengkel dan mereka juga bertanggungjawab penganjur mengutip duit pertaruhan.

Menurut sumber, siasatan kini masih diteruskan.

Sumber: Facebook CLUB Motorsport PJS / blog Jowiekuendah.com

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button