Buletin

VOLKSWAGEN GOLF R 3 PINTU DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – EKSKLUSIF 10 UNIT SAHAJA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa Golf R 3 pintu kini dibuka untuk tempahan.

Model yang eksklusif dan terhad itu ditawarkan dalam 10 unit sahaja pada harga RM268,888 (sebelum pendaftaran).

Hadir dalam warna biru (Lapiz Blue), jentera itu digerakkan oleh enjin 2.0TSI turbocharged yang mampu menjana kuasa mencecah 290PS dan tork 380Nm di antara 2,000 hingga 5,400rpm.

Kuasa itu kemudian disalurkan ke sistem pacuan semua roda 4MOTION menerusi kotak gear basah DSG tujuh kelajuan.

Golf R didatangkan bersama kemasan kulit ‘Vienna’, rim aloi Pretoria bersaiz 19 inci, paparan info aktif 12.3 inci, Discover Pro 9.2 inci dengan App-Connect danGesture Control, lampu utama LED dengan ciri Dynamic Cornering Lights, lampu balakang LED dengan Dynamic Indicators serta stereng yang progresif.

Golf R bagaimanapun tidak didatangkan dengan sistem tanpa kunci KESSY dan penghidup enjin, fungsi memori pada cermin dan tempat duduk kuasa untuk pemandu.

“Kami yakin 10 unit Golf R yang rare ini akan dapat dijual dengan pantas,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Tempahan boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button