Buletin

VOLVO EX90 CKD RASMI DI MALAYSIA – 7 TEMPAT DUDUK, JARAK GERAK 617KM, HARGA DARI RM428K

Volvo Car Malaysia memperkenalkan Volvo EX90, SUV elektrik premium tujuh tempat duduk yang dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam.

Ditawarkan pada harga bermula RM428,888, model ini menjadi peneraju baharu dalam barisan kenderaan elektrik Volvo dengan gabungan teknologi keselamatan terkini, prestasi tinggi dan jarak pemanduan yang jauh.

Sebagai promosi pengenalan, 100 pelanggan terawal akan menerima rebat tunai RM25,000 serta pengecas dinding Volvo Wallbox secara percuma.

EX90 dibangunkan berasaskan falsafah keselamatan Volvo yang terkenal, dengan pelbagai sistem bantuan pemandu dan teknologi pemantauan kabin yang mampu mengesan tahap tumpuan pemandu serta kehadiran penumpang, termasuk bayi sedang tidur.

SUV elektrik ini turut menjadi model pertama Volvo di Malaysia yang menggunakan seni bina elektrik 800 volt, membolehkan pengecasan lebih pantas, pengurusan tenaga lebih cekap serta prestasi lebih mengagumkan.

EX90 dipadankan dengan sistem pacuan semua roda motor berkembar yang menghasilkan 680hp dan 870Nm tork, sekali gus membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.2 saat.

Kuasa tersebut disalurkan oleh bateri berkapasiti 106kWh yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 617 kilometer mengikut piawaian WLTP.

Sistem pengecasan pantas DC sehingga 350kW pula membolehkan bateri dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam kira-kira 22 minit.

Bahagian kabin menampilkan susun atur moden dengan integrasi Google terbina dalam, sistem audio premium Bowers & Wilkins serta tiga paparan digital termasuk skrin sentuh utama bersaiz 14.5-inci.

SPESIFIKASI RINGKAS VOLVO EX90

  • Harga: Bermula RM428,888
  • Sistem Pacuan: Twin Motor AWD
  • Platform: Seni bina elektrik 800V
  • Kuasa Maksimum: 680hp
  • Tork Maksimum: 870Nm
  • Pecutan 0-100 km/j: 4.2saat
  • Kapasiti Bateri: 106kWh
  • Jarak Pandu: Sehingga 617km (WLTP)
  • Pengecasan DC: Sehingga 350kW
  • Masa Cas 10-80%: 22 minit
  • Sistem Keselamatan: Safe Space Technology, Driver Understanding System, Occupant Sensing System
  • Pemproses Utama: NVIDIA DRIVE AGX Orin
  • Infotainmen: Skrin sentuh 14.5-inci dengan Google Built-in
  • Sistem Audio: Bowers & Wilkins High-Fidelity
  • Paparan Pemandu: Kluster instrumen 9-inci dan Head-Up Display
  • Pilihan Warna: Onyx Black, Sand Dune, Crystal White, Vapour Grey dan Mulberry Red.

GALERI:

Google ads
Back to top button