Motosikal

LEE CHONG WEI PEMILIK PERTAMA YAMAHA XMAX 300 DI MALAYSIA

Legenda sukan badminton negara dan bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Sri Lee Chong Wei telah menjadi pemilik pertama kepada Yamaha XMAX 300 di Malaysia. 

Perkara itu diumumkan sendiri Pengarah Kumpulan Hong Leong Yamaha, Dato Dr Jim Khor menerusi satu perkongsian di Facebook. 

Sebulan selepas skuter maxi 300cc itu dilancarkan secara rasmi di Karnival Gen Blu Yamaha, Lee Chong Wei dengan rasminya menjadi pemilik terawal. 

Atas kertas, XMAX 300 dikuasakan enjin satu silinder 292cc SOHC yang berupaya menjana 28hp pada 7,250rpm dan 29Nm pada 5,750rpm. 

Untuk rekod, Malaysia menerima model Tech Max sekaligus hadir dengan ciri seperti comfort seat dan kemasan Tech Max premium. 

Selain itu, XMAX 300 Tech Max turut dilengkapi dengan ciri berikut:

  • ABS dual-channel
  • traction control 
  • Yamaha Y-Connect
  • tangki 13L
  • berat 185kg

Bagi pasaran tempatan, XMAX 300 ini hanya ditawarkan dengan warna Crystal Graphite sahaja. 

Google ads
Back to top button