" "
Buletin

VOLVO XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC 2023 DIPERKENAL. BERMULA RM279K

Volvo Car Malaysia melancarkan Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan XC40 buatan tahun 2023 ke pasaran tempatan. 

XC40 Recharge Pure Electric merupakan EV pertama yang diperkenalkan oleh Volvo Car Malaysia pada Mac 2022. Sambutan terhadap EV itu amat menggalakkan dan mendapat lebih 400 pesanan dalam masa dua bulan sejak dilancarkan. 

Semua unit yang dijual telah diserahkan kepada pembeli pada Jun lalu. XC40 Recharge Pure Electric juga merupakan model kereta Volvo pertama yang disediakan melalui tempahan atas talian.

Ia merupakan EV pertama yang dijual sebagai model CKD dan menawarkan pecutan mengujakan. 

XC40 Recharge Pure Electric 2023 dijual pada harga RM278,888 dan didatangkan bersama ciri-ciri baharu seperti:

  • Warna biru ‘FJORD BLUE’ baharu
  • Remote Air Purifier PM2.5 pra-pembersihan
  • Rekaan depan dan rim baharu
  • Fabrik dalaman Charcoal Connect Suede
  • Foot Movement Detection Module (FMDM) yang dinaik taraf

“Sambutan yang dicapai oleh XC40 Recharge Pure Electric telah menunjukkan bahawa Volvo sedang menuju ke arah yang positif, seiring dengan cita-cita elektrifikasi kami,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump. 

XC40 Recharge T5 Ultimate (Plug-in Hybrid) dan XC40 B5 Ultimate (Mild Hybrid) 2023 juga menerima naik taraf. Kedua-dua SUV berkenaan kini ditawarkan pada harga RM268,888 bersama  penambahbaikan seperti penggunaan Dynamic Chassis. 

Para pelanggan kini boleh membuat pembelian model-model XC40 melalui atas talian di laman web rasmi Volvo Car Malaysia di www.volvocars.com/my/build/xc40-electric. XC40 2023 didatangkan dalam enam pilihan warna iaitu hitam, putih, hijau. perak, kelabu dan biru. 

Pelanggan boleh menempah pandu uji melalui www.volvocars.com/my/test-drive-booking atau hubungi mana-mana pengedar sah Volvo. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG

Google ads
Back to top button