Buletin

PELANGGAN FORD BRONCO MULA HILANG SABAR

Pelanggan Ford Bronco melaporkan bahawa pembuat kereta itu mengambil masa berbulan-bulan untuk menghantar kenderaan yang telah siap. Ramai mengatakan telah menghubungi pengedar dan korporat Ford hanya untuk mengetahui lokasi kenderaan mereka.

Begitu ramai pelanggan Ford Bronco merungut bahawa Ford seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab atas kelewatan penghantaran. Ada dalam kalangan pelanggan mendakwa kereta tersebut sengaja ditahan untuk tempoh yang lama.

Tidak kurang juga pelanggan mengatakan Ford seperti memberi alasan tempahan terlalu banyak di kilang.

“Nah, Ford melakukannya sekali lagi. Melanggar tarikh penghantaran saya untuk kali ke-5 walaupun kenderaan dalam kereta api. Dari 11/9 hingga 11/1, kemudian menukarnya sekali lagi dari 12/2 hingga 12/8.” Komen seorang pelanggan.

Lebih teruk lagi, ada pelanggan perlu menunggu lebih dua tahun sejak menempah kenderaan tersebut. Selain itu, terdapat kebimbangan yang lebih besar bagi sesetengah pembeli yang bergantung pada pembiayaan dan perdagangan masuk.

Satu komen mendakwa “Enam minggu berturut-turut ditolak. Saya tidak tahu bila saya akan dapat kenderaan. Saya perlu memohon semula pembiayaan serta nilai dagangan telah jatuh lebih teruk.”

Namun, ada pengedar yang cuba menenangkan pelanggan dalam menghadapi situasi seperti ini dengan memberi maklum balas melalui e-mel. Selain berjanji akan memberikan kemas kini secepat mungkin sekiranya ada perkhabaran daripada Ford.

Ini bukan kali pertama pelanggan Ford Bronco mengadu tentang penghantaran dan masa penyerahan yang lama. Pada Mei, Ford mengalami kekurangan cip semikonduktor hingga menjejaskan penghantaran Bronco kepada pelanggannya.

Google ads
Back to top button