Buletin

NISSAN VERSA (ALMERA) 2023. HARGA NAIK IKUT VARIAN, BERMULA RM71K

Nissan Versa atau dikenali sebagai Almera di Malaysia telah mendapat beberapa proses naik taraf untuk model 2023.

Bahagian luaran Versa 2023 menerima kemas kini pada bahagian fasia hadapan dan gril, logo Nissan baharu, kemasan cat kelabu (Grey Sky Pearl), serta roda 17 inci rekaan baharu Versa SR.

Sebilangan ciri seperti Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Amaran Keluar Lorong, Brek Automatik Belakang dan banyak lagi didatangkan sebagai standard.

Untuk Versa 2023, terdapat ciri keselamatan tambahan iaitu Amaran Titik Buta dan Amaran Trafik Belakang. Antara peningkatan lain ialah pad pengecasan telefon pintar tanpa wayar, tempat liputan WiFi binaam dalam serta paparan infotainmen 8 inci.

Sedan itu juga boleh ditempah dengan pakej S Plus yang disertakan dengan Apple CarPlay dan Android Auto, roda aloi 16-inci serta tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60/40.

Untuk harga pula, pastinya ada peningkatan. Versa S standard dengan transmisi manual 5-kelajuan, ditawarkan pada harga bermula AS$15,730 (RM71,571) berbanding AS$15,080 (RM68,614) untuk keluaran model 2022. Pembeli juga boleh menempah Versa S dengan Xtronic CVT Nissan pada harga AS$17,400 (RM79,170), berbanding AS$16,750 (RM76,212) untuk model tahun lepas.

Sama seperti tahun lalu, Nissan Versa boleh didapati dalam kemasan SV dan SR untuk 2023. Versa SV bermula pada harga AS$19,020 (RM86,541) berbanding model tahun lalu AS$17,890 (RM81,399)

Manakala Versa SR pula boleh didapati pada harga AS$19,720 (RM89,726) manakala model tahun lepas bermula pada AS$18,490 (RM84,129).

GALERI:

Google ads
Back to top button