Buletin

VOLVO XC40 B5 ULTIMATE MILD HYBRID FACELIFT 2023. 263HP/390NM, AUDIO HARMAN KARDON, BERMULA RM269K

Volvo Car Malaysia baru-baru ini mengumumkan naik taraf untuk varian XC40 B5 Ultimate ke dalam barisan model tahun 2023. 

Dengan rangkaian kuasa elektrifikasi, Volvo XC40 B5 Ultimate menggabungkan sistem brek janaan semula tenaga kinetik termaju bersama enjin pembakaran dalaman. Ia menjanjikan penggunaan bahan api lebih jimat dan rendah emisi, sesuai untuk pelanggan yang mahu menjalani gaya hidup lestari. 

SUV kompak itu dijana oleh enjin turbo empat silinder berkuasa 263hp dan tork 390Nm yang dipadankan bersama kotak gear automatik 8-kelajuan.  

Ditawarkan pada harga RM268,888 seunit, XC40 B5 Ultimate hadir dengan ciri-ciri baharu berikut:

  • warna luaran ‘Fjord Blue’ baharu
  • sistem audio premium Harman Kardon
  • pandangan kamera keliling 360° 
  • sistem infohibur dikuasakan oleh Android dengan perkhidmatan Google binaan dalam
  • penapis udara PM2.5 pra-pembersihan 

Jentera berkenaan didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu biru (Fjord Blue), hitam, putih, perak dan kelabu. 

“Kami memperkenalkan versi naik taraf XC40 Mild Hybrid kerana ia sesuai untuk mereka yang ingin membiasakan diri dengan konsep elektrifikasi kenderaan,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump. 

Pelanggan sudah boleh membeli Volvo XC40 B5 Ultimate secara dalam talian melalui laman web rasmi Volvo Car Malaysia –  www.volvocars.com/my/build/xc40. Untuk tempoh terhad, Volvo Car Malaysia menawarkan servis percuma selama lima tahun (VSA 5) bagi semua kereta Volvi yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2022.

Google ads
Back to top button