Buletin

MARK REUSS YAKIN KENDERAAN ELEKTRIK MAMPU CAPAI KEUNTUNGAN TETAPI PERLU ADA STRATEGI YANG BETUL

Apabila kenderaan elektrik memasuki pasaran, salah tanggapan mengenai kereta dan persoalan seperti ‘bagaimana pembuat kereta boleh kekal untung ketika membuang enjin pembakaran dalaman?’ akan timbul.

Menurut Presiden General Motors, Mark Reuss, GM sedang menempatkan diri sebagai peneraju kenderaan elektrik, namun bagi Reuss, untuk bersaing dengan Tesla, Rivian, dan Lucid boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna serta pakar industri.

Syarikat tidak memerlukan hibrid untuk merapatkan jurang kepada EV

Sesetengah pembuat kereta telah membuat peralihan kepada barisan elektrik dengan hentian pit: hibrid. Toyota, sebagai contoh, telah melabur dalam hibrid sebagai tambahan kepada produk elektrik dan telah menghadapi keraguan daripada industri akibat peralihan dilakukan oleh Toyota.

Reuss menegaskan GM tidak akan melabur untuk kenderaan hibrid setelah memberhentikan keluaran hibrid pada 2019 dan yakin EV GM akan memperoleh keuntungan menjelang 2025.

“Jika anda melihat beberapa syarikat lain yang melakukan atau telah memberi isyarat bahawa mereka akan mempunyai barisan elektrik sepenuhnya, gambaran keuntungan agak berbeza,” kata Reuss.

Pasukan EV dan enjin pembakaran dalaman tidak perlu diasingkan

Di sebelah komputer Reuss di pejabatnya di Pusat Teknologi GM terdapat pelekat bampar biru yang menyatakan “wujud bersama.”

Ia bukan pelekat bampar Coexist biasa yang menampilkan pelbagai simbol agama serta budaya. Secara visual, ia menggambarkan bahagian enjin pembakaran dalaman dan bahagian bateri, menandakan pendekatan untuk menyepadukan jurutera powertrain GM.

Baru-baru ini, Ford telah memutuskan untuk membahagikan perniagaan berkuasa gas dan EV kepada bahagian operasi yang berasingan dalam usaha untuk membolehkan perniagaan EV beroperasi secara bebas sementara bahagian perniagaan berkuasa gas terus memberi ‘makan’ kepada pendapatan Ford.

EV tidak akan membebankan grid elektrik

Ramai orang bimbang bahawa infrastruktur elektrik yang semakin tua tidak dapat menangani kemasukan pengecasan bateri kereta.

Untuk GM, ia dikendalikan oleh jabatan baharu, GM Energy, di mana tugas mereka adalah menawarkan produk yang direka untuk menghantar semula tenaga tidak digunakan ke grid elektrik pada waktu puncak.

Pengalaman mengecas dan pengalaman memandu adalah sama

Reuss merasakan begitu kecewa sekiranya pemandu hanya boleh menilai pengalaman pengecasan sahaja.

Walaupun beliau mengakui bahawa infrastruktur plug-in masih jauh untuk ditempuhi, namun GM telah membina EV sama seperti kenderaan berkuasa gas.

Beliau menambah bahawa GM, melalui kerjasama dengan syarikat pengecas dan stesen minyak lain, sedang mengusahakan cara untuk menambah baik pengecasan supaya pemandu boleh memberi tumpuan kepada kerja yang diberikan oleh jurutera dalam pengalaman memandu untuk kenderaan seperti Cadillac Lyriq serta GMC Hummer EV.

“Semuanya akan datang, Adakah ia sempurna? Tidak.” Tegas Reuss.

Penggabungan pengecasan-industri adalah tidak baik untuk pemandu EV

Walaupun industri pengecasan EV semakin hangat diperkatakan, syarikat pemula yang membanjiri industri EV sejak beberapa tahun lalu, kini menghadapi masa sukar. Deretan penggabungan dan pengambilalihan berkemungkinan akan mengurangkan bilangan syarikat, tetapi Reuss berkata ia bukanlah sesuatu yang buruk.

“Saya tidak fikir itu tidak sihat. Bukan semua orang boleh membuat wang dengan mudah. Itulah sebabnya saya fikir perkongsian boleh menjadi sangat, sangat baik. Orang yang meletakkan wang di tempat betul akan memberi manfaat kepada orang ramai.”

Google ads
Back to top button