;
Buletin

VW HASILKAN KOTAK GEAR MANUAL BAHARU (LONG LIVE MANUAL!)

Dalam banyak-banyak kecanggihan kereta hari ini jarang didengari tentang revolusi atau inovasi kotak gear manual. Maklumlah kebanyakan kereta hari ini dilengkapi transmisi yang menyenangkan seperti automatik, CVT atau klac berkembar.

Perdebatan di antara transmisi manual dan automatik pula menimbulkan polemik tersendiri dengan pendapat masing-masing.

Memang diakui transmisi automatik lebih mudah dan digemari ramai sehingga kelas dan ujian untuk lesen memandu sekarang ini khusus buat transmisi automatik sahaja. Memang hebat.

Walaupun transmisi automatik mengalami perkembangan pesat namun masih ada ruang untuk transmisi manual.

Terbaru Volkswagen mengumumkan kotak manual baharu yang canggih dikenali sebagai MQ281.

Kebaikan utama pada MQ281 ialah lebih mesra alam dengan penjimatan sehingga lima gram CO2 untuk setiap satu kilometer, bergantung kepada kombinasi enjin dan transmisi.

Model pertama yang akan menggunakan MQ281 ialah Passat baharu dan kemudian disusuli oleh pelbagai model dalam Kumpulan Volkswagen.

Menurut VW dalam menjadikan kotak gear lebih cekap dan menjimatkan hanya sedikit pengubahsuaian dilakukan yang juga turut mendatangkan kesan positif terhadap emisi dan alam sekitar.

Selain itu trend segmen SUV yang menggunakan roda berukuran besar memerlukan kotak gear yang setara.

Kotak gear MQ281 mampu memenuhi keperluan ini yang akan turut diperkenalkan pada segmen massa lain.

MQ281 mempunyai spektrum daya kilas di antara 200 Nm hingga 340 Nm yang sangat bersesuaian untuk kenderaan di dalam Kumpulan Volkswagen.

Satu lagi ciri MQ281 ialah serakan gear tinggi dengan maksimum 7.89. Ciri tersebut menawarkan pemanduan yang baik untuk kenderaan besar dengan saiz roda besar.

Kotak gear ini juga mempunyai faedah dari segi downspeeding iaitu penjimatan minyak dalam gear tinggi dengan kelajuan enjin rendah.

Berikut ialah lagi ciri-ciri kotak gear baharu MQ281:

  • Fokus pembangunan utama ialah pada memperbaiki kecekapan
  • Menggunakan kaedah pembangunan virtual yang membolehkan VW mereka bentuk kaedah baharu dalam pengaliran minyak
  • Dengan menggunakan pelbagai kaedah pengaliran minyak, VW berjaya menemukan pelinciran yang seragam dan optimum untuk roda gear dan bebola galas (bearings)
  • Melalui kaedah pembangunan secara maya atau virtual, VW turut berjaya mereka bentuk perumah (housing) baharu yang memberi faedah dari segi bunyi lebih senyap
  • Ciri tersebut membolehkan pemanduan menjadi lebih senyap dan kurangnya gegaran di dalam kenderaan

Sama seperti kebanyakan kotak gear VW, MQ281 dihasilkan sendiri di kilang gergasi automotif tersebut dengan pengeluaran di Barcelona, Sepanyol dan Córdoba, Argentina.

Pembangunan dan inovasi serta pelaburan VW untuk kotak gear manual baharu memang berbaloi dek kerana statusnya yang besar.

Volkswagen Passenger Cars mempunyai operasi di lebih 150 pasaran global dan mengeluarkan kenderaan di lebih 50 lokasi di 14 buah negara.

Pada tahun 2018 VW mengeluarkan sebanyak 6.2 juta kenderaan dan itu belum termasuk subsidiari di dalam Kumpulan Volkswagen.

Sepuluh peratus kenderaan Kumpulan Volkswagen adalah sekitar sejuta unit setahun dan didarabkan pula dengan tempoh sesebuah model di pasaran.

Tiada masalah buat VW bagi menghasilkan kotak gear manual yang merupakan sejarah penting buat sejarah automotif dunia.

Tags
Google ads
Back to top button