Buletin

TIGUAN DAN PASSAT KINI HADIR DENGAN SERVIS PERCUMA 5 TAHUN

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) semalam mengumumkan tambahan servis percuma selama dua tahun ke atas dua model terlarisnya iaitu Tiguan, Passat 1.8TSI Comfortline dan 2.0TSI Highline.

Promosi ini sah untuk pelanggan yang membuat pembelian bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2019. Ia juga boleh didapati ke atas semua varian Tiguan dan Passat, termasuklah edisi Sound & Style serta JOIN.

Melalui promosi baharu ini, pelanggan yang membeli Tiguan atau Passat akan menikmati penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 75,000km (mana-mana tiba dahulu).

Di samping jaminan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Dengan kadar serendah 1.88 peratus dan tambahan servis percuma selama dua tahun, pelanggan akan dapat berjimat sehingga RM13,800 untuk Tiguan dan RM15,100 bagi Passat.

Tiguan dijana oleh enjin turbo pancitan terus bahan api 1.4TSI berkuasa 150PS/50Nm yang dipadankan dengan kotak gear DSG 6-kelajuan dan sport mode.

Ia juga dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Multi-collision brakes, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) dan hill-hold control.

Passat pula ditawarkan dengan dua varian enjin iaitu 2.0L TSI dan 1.8L TSI.

Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah terdekat atau layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button