Buletin

VW SCIROCCO MULA DIJUAL DI UK

Volkswagen baru-baru ini memperkenalkan model sports dua pintu terbaharunya, Scirocco yang membuat debut pada acara Geneva Motor Show pada Mac lalu. 

Der neue Volkswagen Scirocco und Scirocco R

Mula dijual di pasaran United Kingdom (UK), Scirocco didatangkan dalam empat tahap kemasan berbeza iaitu Scirocco, GT, R-Line dan R. Sesaran atau pilihan enjin juga berbeza mengikut varian.

Bagi memenuhi kehendak pasaran yang pelbagai, Scirocco dikuasakan oleh beberapa sesaran enjin. Enjin petrol terdiri daripada 1.4 liter berkuasa 125PS dan enjin 2.0 liter baharu (180PS) yang menggantikan enjin 1.4 liter (160PS) sebelum ini. Scirocco R pula menggunakan enjin 2.0 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 280PS, tambahan sebanyak 15PS berbanding enjin terdahulu.

Der neue Volkswagen Scirocco R

Scirocco juga dikuasakan oleh dua unit enjin diesel berkuasa 150PS dan 184PS. Enjin-enjin tersebut dipadankan sama ada oleh kotak gear manual atau klac berkembar DSG enam kelajuan.

Biarpun semakin berkuasa, Volkswagen mendakwa semua enjin itu menawarkan lebih penjimatan sehingga 19 peratus. Semua model ini (kecuali R) hadir bersama modifikasi teknologi BlueMotion. Maksudnya, ia dilengkapi ciri Stop/Start dan sistem janaan semula tenaga sebagai ciri standard.

Der neue Volkswagen Scirocco R

Rekaan luaran Scirocco menyaksikan bentuknya telah diperhalusi serta dimodenkan menerusi penggunaan lampu utama dan belakang baharu. Bampar hadapannya menampilkan bilah-bilah aerodinamik seperti yang ada pada model Golf GTI. Ia diserlahkan lagi dengan kehadiran lampu kabus dan DRL LED.

Semua model Scirocco kini juga dipasang dengan lampu belakang LED. Bamparnya telah direka semula agar kelihatan lebih rendah. Sementara logo VW itu pula bertindak sebagai pemegang untuk membuka ruang kargo.

Der neue Volkswagen Scirocco R

Scirocco R tampil lebih menarik menerusi bampar yang ditempah khas dan rim aloi ‘Cadiz’ bersaiz 19 inci.

Der neue Volkswagen Scirocco

Pengguna di UK boleh memiliki sebuah Scirocco pada harga bermula £20,455 (RM112,000 seunit).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button