Modifikasi

MAZDA RX8 ENJIN RENESIS

Kalau dibandingkan dengan Mazda RX7 FD3S, karekteristik RX8 sangatlah berbeza.

SONY DSC

Versi-versi awal SE3P agak membosankan. Tetapi apabila tuner dah mula reka bodykit yang agresif, turbokit nak kasi lagi laju dan mentekadarah minyak lagi banyak, kereta ini kembali bangkit.

Saya pun makin lama makin suka pada ideanya. Tunggu dulu. Idea yang saya maksudkan ialah enjin rotari dan pacuan roda belakang. Zaman sekarang, susah pembuat kereta nak bina konsep FR 50-50 macam ini.

SONY DSC

Ada lah dua tiga pilihan macam Mazda Miata, Honda S2000, Nissan 350Z dan mungkin Toyota 86. Namun sebenarnya, pasaran untuk kereta sport ringan ini sangat niche. Maka tidak hairan jika Mazda buat keputusan untuk tutup terus siri RX8 ini.

SONY DSC

Macam dah jadi tradisi, apabila kereta dah habis produsi, barulah jadi popular tak menentu. Mulalah komplen sana-sini kenapa tak teruskan atau kenapa tak ada kereta FR. Masa ada tak sibuk pula nak beli.

SONY DSC

Realiti dalam dunia automotif, bukan kena jual sepuluh buah. Kena jual ratusan ribu unit baru boleh balik modal. Kalau diikutkan skala RX8, memang tak untung meniaga dengan R&D berjuta-juta, tetapi buat satu kereta dengan satu enjin saja.

Hafiz ialah antara individu yang tak mahu ketinggalan dalam dunia kereta sport. Ya lah, nak beli kereta apa lagi pada harga sub RM100,000 yang logik dan boleh melaram. Kadang-kadang boleh jadi kereta keluarga.

SONY DSC

Kereta berenjin Renesis moden N/A ini menjadi kenderaan harian Hafiz. RX8 ini memberi erti besar kepada Hafiz. Sebab itu juga jangan cari penyakit dengan buat modifikasi enjin kalau rencananya nak pandu hari-hari dengan gear automatik. Enjin RX8 pun dah cantik dengan cover penuh. Daripada modifikasi bolt-on turbo bagai nak rak, baik cari dan kerjakan enjin 13B RX7 masuk ke dalam bay kereta ni. Baru ada akal.

Kereta ini modifikasinya agak ringkas, tetapi masih menarik dan berjaya mengubah kereta ini jadi tidak boring. Pertama, rim multispoke silver asal telah digantikan dengan rim TE37 Super Lap 18 inci dengan tayar Stiletto 245/40 di belakang dan 235/40 di depan.

SONY DSC

Offsetnya cun-cun juga tapi saya tak tahu berapa sebab offset asal rim RX8 ini buat rim nampak terperosok dalam arch kereta. Bila dah ada rim yang betul, kereta direndahkan dengan suspensi boleh laras BC di keempat-empat penjuru.

SONY DSC

Bermain RX8 mungkin seronok sebab banyak bodykit. Boleh campur atau guna satu tema. Pilih yang mana suka. Hafiz pilih bampar depan dan belakang INGS+1, skirting Veilside dan spoiler belakang GT Voltex. Memang tak dinafikan lagi, Voltex memang ‘king’ kalau bab buat spoiler GT. Macam Craft Square yang popular dengan produk side mirror carbon mahal nak mampus tu.

SONY DSC

Bahagian dalaman RX8 ini kalau sekali tengok macam over-design pun ada. Jarang orang tukar seat kereta ni sebab kontur dan rekabentuknya memang secocok dengan papan pemuka dan bahagian lain. Kalau anda perasan, banyak rekaan dan bentuk yang dibuat melambangkan rotari.

Walaupun Mazda Corporation menyatakan bahawa RX8 ialah model terakhir untuk siri RX, saya sangat yakin lambat laun, mereka akan sedar betapa pengeluar dari Korea, China, Amerika dan Eropah tak boleh menghasilkan konsep sebegini rupa.

SONY DSC

Jepun adalah negara yang memulakan tradisi dan mereka juga yang akan menamatkannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button