Buletin

TECHRON CONCENTRATE PLUS

Chevron Malaysia Limited yang bertanggungjawab memasarkan produk jenama Caltex di Malaysia telah melancarkan pembersih sistem bahan api dikenali sebagai Techron Cencentrate Plus (TCP) pagi tadi. 

yamaha FBchevron-TCP-mekanika (7)

TCP merupakan produk yang terbukti secara saintifik untuk membersihkan dan melindungi komponen-komponen penting enjin daripada deposit. Di samping mengembalikan semula kuasa, prestasi, menjimatkan penggunaan bahan api serta membantu mengurangkan emisi.

Hadir dalam botol berkapasiti 355ml, TCP yang mengaplikasikan teknologi Techron yang telah dipatenkan tidak memberi kesan negatif kepada apa jua jenis enjin. Sama ada enjin dengan sistem pancitan terus bahan api mahupun karburator.

yamaha FBchevron-TCP-mekanika (1)

Lebih menarik lagi, ia juga boleh digunakan ke atas motosikal. Tetapi ia hendaklah dimasukkan ke dalam tangki minyak dalam jumlah yang betul, iaitu kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan botol.

Produk ini amat mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu menuang TCP ke dalam tangki minyak yang hampir habis, sebelum memenuhkannya semula. Bagi mendapatkan kesan yang maksimum seperti melindungi komponen sistem bahan api daripada pencemaran sulfur, pengguna boleh menggunakan TCP pada setiap 5,000km.

yamaha FBchevron-TCP-mekanika (5)

Bagi membuktikan keberkesanannya, ujian Boroskop telah dijalankan di beberapa buah negara di Asia Tenggara sepanjang tahun 2013. Menggunakan kamera Karl Storz Endoscope (Boroskop), pasukan jurutera Chevron merakam gambar injap-injap pengambilan dan menkategorikannya dengan sistem penarafan Intake Valve Deposit (IVD).

Dengan markah 10 sebagai paling bersih, keputusan daripada 80 buah kereta yang diuji memperoleh markah purata 9.7. Selain menguji kuasa membersih TCP, Caltex turut menguji keberkesanan TCP di Thailand.

SONY DSC

Melibatkan empat buah sedan tahun 2008 buatan Jepun, kenderaan tersebut mendapat skor 9.9 mata. Keputusan juga menunjukkan bahawa sistem bahan api kenderaan itu cukup bersih selepas hanya satu tangki penuh.

“TCP kini ditawarkan pada harga promosi RM35 sebotol (harga asal RM45), bermula esok hingga 31 Ogos 2014,” kata Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited, Jeremy Oh.

TCP kini boleh didapati di beberapa stesen servis Caltex yang terpilih dengan senarai penuhnya akan diumumkan di laman web Caltex pada hujung minggu ini. Buat masa sekarang, Caltex mempunyai kira-kira 420 stesen servis di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button