Motosikal

WANITA RAYU JPJ JANGAN SITA YAMAHA RXZ BERNILAI RM27K

Seorang wanita telah merayu pihak berkuasa untuk tidak menyita motosikal jenis Yamaha RXZ miliknya ketika Operasi Khas Motosikal yang berlangsung di Kuala Terengganu, pada Jumaat. 

Memetik laporan Berita Harian, wanita berusia 39 tahun bersama motosikalnya itu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) selepas mendapati nombor casis dan enjin mencurigakan ekoran terdapat kesan usikan. 

Dia kemudiannya memberi alasan bahawa motosikal yang dibeli dengan harga RM27,000 itu datang dalam keadaan sedemikan. 

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan mencurigakan pada nombor casis dan nombor enjin dan siasatan terperinci termasuk melakukan pemeriksaan ujian makmal di Jabatan Kimia,” jelas Pengarah JPJ Negeri, Zamri Samion. 

Sebanyak 25 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dalam operasi dua jam tersebut dengan 156 kenderaan telah diperiksa. 

Google ads
Back to top button