Motosikal
YAMAHA Y15ZR EDISI ULANG TAHUN KE-70 LANCAR DI INDONESIA
Yamaha Motor Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 Yamaha dengan memperkenalkan barisan model istimewa.
Sempena ulang tahun ke-70, Yamaha melancarkan empat model khas yang terdiri dari MX King 150 (Y15ZR), Aerox Aplha Turbo (NVX SP), R15 dan XSR 155.

Keempat-empat model menampilkan livery dan warna ikonik merah dan putih yang diperkenalkan pada YZF-R7 1999 sebagai penghormatan kepada DNA perlumbaan Yamaha.
Menurut PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, pemilihan empat model tersebut bersesuaian dengan karakter sporty yang menjadi elemen utama Yamaha selama ini.

Persoalannya, adakah model edisi ulang tahun ini akan turut diperkenalkan di Malaysia? Sama-sama kita nantikan.







