Motosikal

YAMAHA NMAX 155 TERIMA WARNA BAHARU – RM11,498

Yamaha NMax 155 generasi terbaru yang memasuki pasaran Malaysia setahun yang lalu kini menampilkan warna lebih segar bagi tahun 2026. 

Menurut Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), NMax 155 itu kini didatangkan dengan warna Icon Blue dan Crystal Graphite. Kedua-dua warna ini boleh diddapati dengan harga jualan RM11,498

Antara ciri ditawarkan termasuk ABS dwi-saluran dan traction control sementara ruang simpanan bawah tempat duduk cukup luas dengan kapasiti 25L. 

Memandangkan NMax 155 ini bukanlah versi tertinggi yang ditawarkan di pasaran lain jadi model di Malaysia tidak ditawarkan dengan skrin TFT sebaliknya hanya digital LCD. Namun begitu, skuter ini masih lagi boleh disambungkan ke telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect. 

Untuk rekod, HLYM tidak menawarkan varian Turbo untuk pasaran tempatan sepertimana yang ditawarkan di pasaran negara jiran namun begitu, NMax 155 yang dijual disini masih lagi dilengkapi pelbagai ciri baharu berbanding model sebelumnya. 

Bagaimanapun, naik taraf terbesar adalah sistem suspensi hadapan yang kini menawarkan prestasi yang lebih baik. 

Atas kertas, NMax 155 ini digerakan enjin satu silinder 155cc Bluecore VVA yang berupaya menjana 15.2hp pada 8,000rpm dan 14.2Nm pada 6,500rpm. 

Google ads
Back to top button