Motosikal

CHERY SERTAI SEGMEN MOTOSIKAL

Dua tahun lalu, pengeluar automotif China, Great Wall Motor (GWM) telah memperkembangkan perniagaan ke dunia dua roda dengan menubuhkan Souo Motorcycles.

Terbaru, Chery Automobile yang popular dengan kereta jenama Chery di pasaran global termasuk di Malaysia akan turut mengikut langkah sama seperti GWM. 

Menurut laporan di China, Chery telah pun menubuhkan Anhui Shanyi Technology Co. Ltd dengan modal sebanyak CNY50 juta (RM30 juta). Syarikat yang ditubuhkan itu akan memberi fokus terhadap pembangunan teknologi meliputi penyelidikan dan pembangunan berkaitan motosikal. 

*gambar hiasan

Seperti kebanyakan pengeluar motosikal di China, Chery juga akan memberi fokus pada pembangunan teknologi IoT (Internet of Things), kelengkapan mekanikal, perkhidmatan rekaan industri profesional serta AI. 

Persoalannya, mengapa jenama automotif memperkembangkan perniagaan masing-masing ke dunia dua roda? Ini kerana  permintaan terhadap motosikal mobiliti dua roda meningkat saban tahun di pasaran global maka gerakan terbaru ini sudah pun dijangka. 

Memandangkan Chery Automobile memiliki portfolio kuat dalam pembangunan automotif, mengembangkan rangkaian mereka terhadap dunia dua roda dilihat satu perkembangan positif. 

Google ads
Back to top button