
WULING CLOUD EV TIBA DI PASARAN INDONESIA, JARAK GERAK 505KM, HARGA BERMULA RM62K
Wuling Cloud EV secara rasmi memasuki pasaran Indonesia dan penghantaran dijangka akan bermula pada akhir bulan Mei ini.
Wuling Cloud versi CKD ini mempunyai ukuran dimensi 4,295mm (panjang), 1,850mm (lebar), 1,652mm (tinggi) dan jarak roda 2,700 mm.
Dari segi kapasiti, Cloud EV mempunyai 18 ruang storan manakala simpanan bagasi dibekalkan dengan isipadu sehingga 606 liter. Jika anda memerlukan lebih banyak ruang bagasi, pengguna boleh melipat tempat duduk belakang untuk mendapatkan volum maksimum 1,707 liter.
Spesifikasi Cloud EV termasuk reka bentuk aerodinamik dengan Multi Rearview Mirror dan Hidden Inductive Door Handles.

Perincian lain termasuklah rim aloi 18-inci, manakala bahagian belakang dilengkapi lampu LED moden.
Di dalam, ia menerima kelengkapan seperti reka bentuk Bubble Sofa Style boleh laras secara elektronik, diserlahkan lagi oleh bahan premium serta kulit, head-up display, skrin infotainmen 15.6-inci dan MID berukuran 8.8-inci.
Beralih pada kuasa, Wuling Cloud EV dijana oleh bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) 50.6 kWh dengan pensijilan IP67 yang selamat, serta menawarkan jarak gerak 460km dan 505km.
Ciri-ciri keselamatan turut tersedia, merangkumi ADAS, Auto Vehicle Holding (AVH), dan Electronic Stability Control, Adaptive Cruise, Lane Recognition, Safe Distance & Braking Assistance, dan Automatic Light serta mod pemanduan ECO, ECO+, Sport, dan Normal.
Untuk harga pula, Wuling Cloud EV dijual dengan tanda bermula AS$13,250 hingga AS$17,100 (RM62,783 – RM81,026).
- BACA: MERCEDES-BENZ CLE 300 4MATIC COUPE DIPERKENALKAN – 258HP, HARGA BERMULA RM518K
- BACA: POLIS TAHAN 11 INDIVIDU, KUTIP BAYARAN PARKIR SECARA HARAM
- BACA: RENAULT SYMBIOZ – AHLI KELUARGA SUV TERBAHARU DARIPADA RENAULT
- BACA: DONGFENG PAMERKAN TRAK EV ALA CYBERTRUCK – DAH AGAK DAH MESTI AKAN MUNCUL PUNYA