
RENAULT SYMBIOZ – AHLI KELUARGA SUV TERBAHARU DARIPADA RENAULT
Renault telah memperkenal model SUV terbaharu dalam rangkaian mereka, Renault Symbioz untuk menyertai barisan keluarga ‘voitures à vivre’ yang membanggakan, hampir 60 tahun selepas pelancaran Renault 16, dengan reka bentuk moden, luas dan berfungsi, dan 40 tahun selepas revolusi Espace, kenderaan boleh disesuaikan hanya sepanjang 4.25m tetapi mampu membawa tujuh orang.
Renault Symbioz adalah merupakan kenderaan serba boleh yang menggabungkan teknologi terbaik dari segmen C Renault, menawarkan kekompakan dan keluasan untuk memenuhi keperluan semua individu.
Renault Symbioz ini berkongsi DNA yang sama dengan model model Renault sebelumnya yang mempamerkan bahasa reka bentuk baharu Renault, Symbioz ini mengikuti mengadaptasi daripada Scénic E-Tech elektrik dan Captur baharu. Ianya dibina berdasarkan pelantar platform CMF-B versi lanjutan daripada model Clio dan Captur (segmen B) dan juga Arkana (segmen C).

Mampu menyesuaikan ruang but belakang dan penumpangnya dengan keperluan keluarga, dengan teknologi berfungsi yang memberikan nilai tambah manusia dan dimensi padat yang juga sesuai untuk pemanduan bandar, ia menyertai barisan panjang ‘voitures à vivre’ serba boleh, mencerminkan zamannya.
Diposisikan diantara model Captur dan Austral, Symbioz memberikan Renault kehadiran peringkat permulaan yang lebih kukuh untuk model segmen C. Hanya 4.41m panjang, model baharu ini melengkapkan rangkaian ‘hibrid’ E-Tech yang sudah pun terdiri daripada Arkana (4.57m) dan Austral (4.51m), sambil mengembangkan rangkaian ‘elektrik’ E-Tech dengan Mégane dan Scénic E-Tech elektrik. Ia mengesahkan kesepaduan strategi Renault, untuk menangani rangkaian penuh keperluan pengguna dengan membina rangkaian dwi dengan platform khusus.

Renault Symbioz padat dengan teknologi Renault yang terbaik. Ia menampilkan sistem multimedia OpenR Link dengan terbina dalam Google bersaiz 10.4 inci, serta bumbung suria kaca berwarna Solarbay. Malah ianya juga didatangkan dengan 29 alat bantu pemanduan generasi baharu untuk keselamatan dan keselesaan pemanduan yang optimum.
Melengkapkan reka bentuk luaran Symbioz ini menampilkan roda 19″ yang besar pada varian Esprit Alpine dan Iconic. Semua rim adalah baharu dan eksklusif untuk model ini. Garisan yang dilukis dengan tajam mencipta kesan grafik yang dinamik, menjadikannya kelihatan seolah-olah roda berputar, walaupun kenderaan tidak bergerak.

Dengan kapasiti but sehingga 624 liter ianya luar biasa dalam kereta sebesar ini apatah lagi dengan susun atur modular dengan tempat duduk belakang yang boleh digelongsor untuk dilipat disimpan untuk mencipta ruang lantai yang rata, Symbioz adalah setanding dengan yang terbaik dalam kelasnya. Pada masa yang sama, ia tetap padat dan tangkas. Direka untuk kedua-dua lalu lintas bandar dan kehidupan keluarga, Symbioz yang cukup ideal.
Renault Symbioz ini kelak akan mempunyai tiga varian utama Techno, Esprit Alpine dan juga Iconic yang boleh dibezakan dengan penggayaan jenis tempat duduk misalannya.

Renault Symbioz dilengkapi dengan rangkaian kuasa hibrid E-Tech 145 yang terbukti cukup cekap serta menjimatkan untuk kegunaan harian, ia memberikan keselesaan dan senyap untuk pemanduan elektrik di bandar, tanpa memerlukan pengecasan.
Trenkuasa ini menggabungkan dua motor elektrik (e-motor 36 kW dan 18 kW HSG – Penjana Pemula Voltan Tinggi dengan 69 kW (94 bhp) 1.6 L 4-silinder enjin petrol yang dipadankan dengan pelbagai mod pintar kotak gear dog box tanpa cengkaman dan bateri 1.2 kWj.
BACA : RENAULT CAPTUR 2025- LEBIH HENSEM DAN NAMPAK PREMIUM
BACA : MITSUBISHI ASX 2023 DIPERKENALKAN. MIRIP RENAULT CAPTUR, ADA VARIAN PHEV. MASUK MALAYSIA NANTI?