
PORSCHE PANAMERA KINI DI PASARAN MALAYSIA – JANA 353PS, HARGA BERMULA RM1.3 JUTA
Porsche Panamera baharu generasi ketiga kini tiba di pasaran Malaysia, ditawarkan pada harga bermula RM1.3 juta.
Dari luaran, Porsche Panamera 2024 diserlahkan melalui lampu depan LED matriks dengan 32,000 piksel setiap satu, rim 19-inci, dibaluti tayar 265/45 di depan dan 295/40 di belakang.
Selain itu, casis Panamera 2024 hadir dengan sistem suspensi udara dual-chamber dwi-injap dengan Porsche Active Suspension Management (PASM) sebagai standard.

Di dalam kabin, ia dilengkapi skrin melengkung 12.6-inci skrin sesentuh 12.6-inci di tengah dan skrin 10.9-inci di depan penumpang hadapan.
Kelengkapan lain termasuklah aplikasi MyPorsche (iOS sahaja), sambungan Apple Carplay/Android Auto, tempat duduk dengan fungsi urut, lampu ambien serta bantuan suara Siri.
Beralih pada kuasa pula, Porsche Panamera 2024 dijana oleh enjin 2.9-liter V6 twin-turbo petrol, menghasilkan 353PS dan 500Nm tork, peningkatan 23PS dan 50Nm berbanding pendahulunya.

Porsche Panamera 2024 ini mempunyai daya pecutan ke 100km/j dalam 5.1 saat, dengan kelajuan maksima dihadkan pada 272km/j.
Perincian menarik lain untuk Porsche Panamera 2024 adalah seperti brek 360mm dengan 6-piston di depan manakala 330mm 4-piston di belakang selain, booster elektrik pada sistem brek turut dinaik taraf.
Untuk harga, Porsche Panamera 2024 kini boleh dimiliki pada harga bermula RM1.3 juta.
- BACA: WULING CLOUD EV TIBA DI PASARAN INDONESIA, JARAK GERAK 505KM, HARGA BERMULA RM62K
- BACA: MERCEDES-BENZ CLE 300 4MATIC COUPE DIPERKENALKAN – 258HP, HARGA BERMULA RM518K
- BACA: POLIS TAHAN 11 INDIVIDU, KUTIP BAYARAN PARKIR SECARA HARAM
- BACA: RENAULT SYMBIOZ – AHLI KELUARGA SUV TERBAHARU DARIPADA RENAULT