" "
BuletinMotosikal

YAMAHA NVX THAILAND 2019 – GAYA KAWASAKI?

Yamaha Thailand baru melancarkan pilihan baharu Aerox 155 untuk tahun 2019. Sebanyiak enam warna baharu diperkenalkan dan sejak dilancarkan pada 2016, inilah barisan warna paling “berani” pernah diterjemahkan pada skuter sport ini.

Dalam enam pilihan ini, warna yang paling menyerlah mungkin hijau yang sangat mirip dengan warna tema Kawasaki Motors.

Tidak seperti varian NVX Malaysia yang datang dengan hanya satu spesifikasi (iaitu yang paling tinggi), di Thailand, Vietnam dan Indonesia, pembeli boleh memilih spesifikasi yang mereka mahu.

DI bawah adalah harga berdasarkan varian

  • STANDARD, hitam-merah dan hijau-hitam, harga 64,400 baht.
  • R VERSION, hijau-hitam dan grey-oren, harga 67,400 baht 
  • ABS VERSION , grey-merah dan grey-biru, harga 74,400 baht

Tiada perubahan terhadap bahagian enjin dan mekanikal bagi varian ini.

Berikut ialah ciri-ciri NVX

1) Didatangkan dengan lampu depan dan belakang LED.
2) Brek depan besar dilengkapi dengan system ABS.
3) Fork depan lebih besar bersaiz 26mm untuk tunggangan lebih mantap.
4) Ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 25 liter yang boleh memuatkan dua helmet.
5) Ruang simpanan mini bersama soket elektrik untuk mengecas telefon.
6) Dilengkapi skrin LCD 5.8 inci.
7) Sistem kunci pintar (keyless) dengan immobilizer
8) Didatangkan dengan Sistem Start\Stop yang membantu kecekapan bahan api. Sistem ini akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
9) Pemegang belakang bersepadu menjadikan reka bentuk lebih moden dan dinamik.
10) Tayar tubeless bersaiz 110/80-14 di depan dan 140/70-14 di belakang.
11) Tempat penutup tangki minyak tertutup rapi dengan cirri keselamatan.

GALERI

Google ads
Back to top button