
POLIS BUBAR PASUKAN BERKUDA DAN BERMOTOSIKAL KERANA BAHAYA
Jabatan Polis St. Paul, Minnesota, Amerika Syarikat baru-baru ini membubarkan pasukan berkuda dan bermotosikal atas sebab keselamatan.
Pembubaran pasukan itu menyaksikan anggota yang terlibat akan diserap ke dalam pasukan kereta peronda.
Pemandu yang terganggu dilihat sebagai masalah utama pada masa sekarang. Walaupun hukuman dan penguatkuasaan dilakukan dengan serius, masalah itu tetap berlaku. Apa yang lebih malang, kemalangan sebegitu memberi impak besar kepada pejalan kaki, penungang basikal dan motosikal.
Jabatan Polis St. Paul menyatakan dalam tempoh dua tahun, lebih 500 kemalangan melibatkan pejalan kaki dan penunggang basikal dilaporkan, dengan kebanyakannya berpunca daripada pemandu yang tidak fokus.
Dalam tempoh empat tahun, terdapat 15 kemalangan melibatkan anggota polis dilaporkan. Justeru, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak pemandu yang cuai ini.
“Kami perlu melakukan apa yang wajar demi menjaga keselamatan orang ramai, mempercepatkan masa memberi maklum balas dan sebagainya. Kami juga bertanggungjawab menjaga keselamatan anggota yang bertugas,” kaa Ketua Polis St. Paul, Todd Axtell.