Artikel Pilihan

10 ENJIN TERBAIK BMW. KUASA KUDA BESAR, TORK TINGGI.

BMW merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan dalam arena automotif. Syarikat yang satu ketika dulu terlibat dalam industri aeronatik merupakan salah satu nama yang dipandang tinggi dalam menghasilkan enjin yang berteknologi tinggi dan pernah melibatkan diri dalam perlumbaan Formula 1. Kami senaraikan disini 10 enjin terbaik yang pernah dihasilkan oleh BMW

1. BMW M5 (E39)

Model E39 M5 dikuasakan dengan enjin 4941cc V8 S62 yang menghasilkan 394 kuasa kuda yang dihantar menerusi roda belakang menerusi transmisi 6 kelajuan manua. Tork maksima 500Nm boleh dicapai dan enjin ini boleh meligat sehingga 7000RPM. Enjin ini merupakan enjin pertama yang menggunakan VANOS berganda (pemasaan injap boleh ubah di bahagian kemasukan dan ekzos)

2. B57 – BMW 750d (G11/G12)

BMW juga pakar dalam menghasilkan enjin diesel berkuasa tinggi termasuk digunakan pada model 7 Series. Enjin 6 silinder ini dipasang pada model 7 Series 2017 yang menghasilkan 394 kuasa kuda dan 760Nm tork. Enjin ini dipasang dengan 4 turbo jadi tidak hairanlah ia berjaya menghasilkan tork yang sangat tinggi

3. S65 – BMW M3 GTS (E92)

Boleh dikatakan antara enjin V8 terbaik yang pernah dihasilkan oleh BMW. enjin 4400cc ini dipasang pada model edisi istimewa E92 M3 GTS. Enjin ini menghasilkan 443 kuasa dan 440Nm tork dihasilkan menerusi aplikasi teknikal mengikut spesifikasi perlumbaan. Tapi enjin ini sah digunakan atas jalan.

4.  N73 – Rolls-Royce Phantom VII

BMW pada mulanya bercadang untuk menggunakan enjin 9000cc V16 pada model Phantom, namun akhirnya menggunakan enjin V12 6800cc. Enjin ini menghasilkan 453 kuasa kuda dan 720Nm tork. Enjin ini dihasilkan untuk menghasilkan kuasa yang sangat lancar dan enjin ini juga turut digunakan pada model F01/F02 760Li

5. S55 – BMW M4 GTS (F82)

Enjin M4 GTS ini menampilkan teknologi suntikan air (Water Injection) untuk merendahkan suhu kebuk pembakaran bagi mengelakkan masalah knocking. Suhu yang lebih rendah membolehkan lebih kuasa dihasilkan dan meningkatkan kecekapan enjin. M4 GTS menghasilkan 493 kuasa kuda dan 600Nm tork

6. S85 – BMW M5 (E60)

Enjin S85 V10 ini menggunakan sesaran sehingga 5000cc, nisbah mampatan 12:1, 10 throttle body, VANOS berkembar serta dihasilkan daripada aluminium sepenuhnya serta aci engkoh dihasilkan daripada proses tempaan. Semua teknologi ini mendapat inspirasi daripada perlumbaan F1. Enjin ini menghasilkan 507 kuasa kuda dan 520Nm tork mampu membolehkan E60 M5 memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.5 saat

7. S58 – BMW X3 M / X4 M (F97/F98)

Enjin S58 6 silinder turbocas ini merupakan enjin gantian kepada S55, digunakan pada model M3, M4, X3 dan X4. Enjin dengan sesaran kepada 3000cc dinaiktaraf dengan komponen M Division untuk menghasilkan lebih banyak kuasa bagi kegunaan trek perlumbaan. Enjin ini menghasilkan 507 kuasa kuda dan 650Nm tork

8. S70 – McLaren F1

Enjin ini adalah enjin masterpiece yang dihasilkan oleh BMW untuk kegunaan supercar McLaren. Enjin 6100cc V12 ini menghasilkan 618 kuasa kuda dan 651Nm tork menampilkan teknologi seperti dry sump oil system, 12 throttle body, dan VANOS berkembar. Ia dihasilkan daripada aluminium, magnesium dan juga elemen emas sebagai konduktor haba.

9. N74 – Rolls-Royce Wraith Black Badge

Enjin untuk kegunaan Rolls Royce ini merupakan enjin 6600cc V12 turbo berkembar yang menghasilkan 623 kuasa kuda dam 870Nm tork. Enjin ini dihasilkan daripada aluminium sepenuhnya serta teknologi VANOS berkembar. Ia merupakan enjin pertama BMW yang digandingkan dengan transmisi 8 kelajuan automatik

10. S63 – BMW M5 CS

Enjin V8 4400cc turbo berkembar ini dipasang pada model BMW M5 CS. Sistem turbo ini dipasang di tengah -tengah enjin V8 ini. Enjin ini lengkap dengan teknologi VANOS berkembar menghasilkan 626 kuasa kuda dan 750Nm tork. Bergantung pada varian ada juga enjin ini dipasang dengan teknologi VALVETRONIC. BMW M5 C5 yang dipasang dengan enjin ini adalah 70kg lebih ringan memberikan kelebihan dari aspek nisbah kuasa kepada berat.

Google ads
Back to top button