Buletin

BELI RUANG PARKIR RM120K, TAPI KENA KELUAR IKUT SUNROOF

Seorang wanita mengheret pemaju sebuah kondominium ke mahkamah selepas mendapati ruang parkir ‘premium’ yang dibelinya tidak seperti diiklankan. 

Hanya dikenali sebagai Tao, wanita dari daerah Nanning itu membeli ruang parkir tersebut pada harga AS$29,000 (RM120,500).

Tetapi, dia mendapati parkir yang terletak berhampiran lif itu terletak di antara dua dinding dan cukup sempit. 

Ini menyebabkan dia tidak boleh keluar melalui pintu. Sebaliknya terpaksa keluar daripada bumbung suria atau sunroof keretanya.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Tao menuntut pemaju hartanah tersebut supaya memulangkan semula wangnya. 

Namun dia mendapat jawapan yang mengecewakan. Menurut pemaju, memandangkan pemulangan cukai sudah difailkan, jadi mustahil untuk mereka memenuhi permintaan tersebut.

Mereka juga didakwa mencadangkan supaya Tao menjual ruang itu kepada orang lain. 

Justeru, Tao megambil keputusan untuk meminta bantuan mahkamah kerana ruang parkir sepatutnya mempunyai ruang sekurang-kurangnya 60cm di sekelilingnya. 

Google ads
Back to top button