Buletin

LUPA PARKIR MEMANG MASALAH BESAR, NISSAN ADA CARA UNTUK SELESAIKAN

Biasa tidak apabila ke pusat membeli belah dan kemudian terlupa kereta diparkir di mana? Atau terserempak dengan individu yang kelihatan rungsing mencari kereta?

Biasanya cara nak mengatasi masalah sebegini ialah dengan merakam gambar tiang berhampiran atau paling malas, cari sahaja parkir di tempat yang senang dilihat seperti pintu masuk lif atau eskalator.

Rupa-rupanya masalah lupa tempat parkir ini turut dihadapi di United Kingdom apabila dua pertiga atau 65.1 peratus pemandu mengalaminya dan terjadi sekali dalam sebulan di kalangan satu daripada tiga pemandu (33.75 peratus)

Kajian tersebut dibuat oleh Nissan di kalangan 2,000 pemandu di UK.

Purata tempoh yang diambil untuk mengesan kembali kereta yang hilang adalah 10 minit dan menjangkau lebih dari setengah jam untuk 5 peratus responden.

Dapatan kajian juga menunjukkan wanita lebih kerap lupa tempat parkir iaitu 72 peratus berbanding 58 peratus lelaki. Cuma mereka ini lebih cepat dalam mengesan kereta iaitu 8.8 minit secara purata berbanding 11.9 minit untuk lelaki.

Biasanya tempat yang kerap terjadi masalah ini ialah parkir bertingkat, pusat membeli belah, pasaraya dan lapangan terbang.

Berikut ialah rangking lokasi yang kerap terjadi masalah ini:

  1. Parkir bertingkat
  2. Pusat membeli belah
  3. Pasaraya
  4. Lapangan terbang
  5. Bandar/jalan bandar

Walaupun sekarang ini teknologi semakin canggih di mana telefon pintar atau fungsi kereta itu sendiri boleh menyimpan data dan mengesan tempat kereta diparkir hanya sembilan peratus responden menggunakan ciri yang tersedia dalam telefon pintar.

Walau bagaimana pun, pengguna yang berusia 25-34 lebih cekap dalam teknologi ini dengan 16 peratus pernah menggunakannya. Jumlah itu hampir dua kali ganda berbanding purata responden.

Memandangkan Nissan membuat kajian ini, mereka sudah mempunyai penyelesaiannya. Nissan Qashqai baharu mampu menghubungkan pemandu, telefon pintar dan kereta.

Sistem infohibur Qashai mempunyai fungsi yang boleh disambungkan denngan aplikasi telefon pintar dipanggil Door to Door Navigation.

Melalui fungsi Find My Car, pemandu akan ditunjuk arah untuk mengesan lokasi kereta diparkir.

Caranya ialah dengan membuat sambungan kepada sistem navigasi melalui Bluetooth® dan apabila pemandu meninggalkan kereta, lokasi parkir disimpan dan maklumat akan tertera pada aplikasi Door to Door Navigation.

Apabila pemandu mahu kembali ke kereta, hanya cari destinasi dan aplikasi akan membantu mereka menuju ke kereta.

Bukan setakat ke kereta, apabila pemandu mahu menuju ke destinasi terus masukkan sahaja maklumat dan apabila sampai ke kereta, laluan destinasi seterusnya akan ditunjukkan pula dalam navigasi kereta.

Jarak dari pemandu dan kereta juga terjangkau jauh iaitu sehingga lima kilometer. Bagus betul, rasanya apabila teknologi ini sampai ke negara kita banyak masalah boleh selesai.

BACA: NISSAN SKYLINE R-33. SATU-SATUNYA SKYLINE YANG HAMPIR DILUPAKAN…

BACA: INI NISSAN NAVARA USDM D40 (ERR MODEL LAMA KAN?)

Google ads
Back to top button