Artikel Pilihan

ASTON MARTIN LAGONDA – KERETA SUKAN SEDAN KE NI?

Dalam senarai katalog Aston Martin, deretan kereta sukan memang boleh dilihat. Sememangnya itulah kepakaran dan kehandalan Aston Martin, pembuat kereta kebanggaan British.

Cumanya kali ini Brader Karrager hendak kongsikan perihal sebuah kereta sport ke sedan entah yang kelihatan agak menarik. Pasti tidak ramai yang mengenali Aston Martin Lagonda. (Nama Lagonda ini sebetulnya adalah jenama ultra mewah di bawah Aston Martin sendiri)

Aston Martin Lagonda ini sebetul diklasifikasikan sebagai model salon bersaiz penuh mewah. Cuma hud hadapannya yang panjang cuba menjelaskan lagi bahawasanya ianya adalah sebuah model yang sporty.

Ianya mula dikeluarkan pada tahun 1974 sehinggalah ke tahun 1990. Walaupun bertahun lamanya produksi model ini, namun jumlah kereta yang dihasilkan hanyalah 645 unit sahaja.

Di kala itu, bagi membuktikan nilai esklusif dan prestij sebuah kereta, pembuatan sesebuah kereta menggunakan tangan serta Air Sirap Selasih adalah sesuatu yang lumrah. Ketelitian tenaga pakar untuk menghasilkan sebuah Karya Agung orang kata. Begitulah juga dengan Aston Martin Lagonda ini dibina. Menggunakan tangan sepenuhnya.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Iyalah, harganya di era tahun 70an itu sekitar £24,570 (RM129,959). Kira dah cukup mahal untuk dimiliki jika anda hanyalah seorang pekerja kilang tekstil di Birmingham.

Selaini daripada rekaannya yang sedikit unik, paling menarik untuk sebuah kereta model tahun 70an yang turut dibarisi dengan pemuzik rock handalan seperti Led Zeppelin, penggunaan panel ilustrasi digital cukup mengagumkan dunia di kala itu. Mendahului zaman lagaknya.

Dah tahukah bahawa unit paparan digital ini adalah penyumbang utama kepada kos pembinaan yang paling mahal berbanding alatan yang lain.

Di kala itu, bagi membuktikan nilai esklusif dan prestij sebuah kereta, pembuatan sesebuah kereta menggunakan tangan serta Air Sirap Selasih adalah sesuatu yang lumrah. Ketelitian tenaga pakar untuk menghasilkan sebuah Karya Agung orang kata. Begitulah juga dengan Aston Martin Lagonda ini dibina. Menggunakan tangan sepenuhnya. Jadi tentu boleh difahami mengapa jumlah produksinya tidak begitu banyak. Setahun boleh siap berapa unit sahaja.

Menggunakan enjin 5.3 V8, ianya kemudian dipadankan bersama kotak gear auto 3 kelajuan (Iya benar. 3 kelajuan sahaja. Jangan gelak) yang mampu menghamburkan kuasa 280 HP. Kira oklah kan untuk teknologi enjin di kala itu.

Bolehlah nak dapat top speed 148 mph (238.183 km/j). Cukup laju. Manakala 6.2 saat sahaja diperlukan untuk kereta bergerak dari titik pegun ke meter kelajuan mencapai 60 mph (97 km/j).

Dan tahukah bahawa sebuah model Wagon bagi Aston Martin Lagonda Shooting Brake turut pernah dibina oleh Roos Engineering yang berpangkalan di Switzerland. Cuma rekaan belakangnya terlalu pelik. Punyalah nak potong angin kasi betul – betul laju. Walaupun projek ini mendapat kelulusan daripada Aston Martin sendiri, namun ianya tidak dijual secara produksi massa. Tiada siapa nak tempah kot. Entah?

BACA : ASTON MARTIN V8 VANTAGE MUNCUL DALAM JOHNNY ENGLISH TERBAHARU

BACA : VIDEO KOLEKSI TERBAIK ASTON MARTIN DI BAWAH SATU BUMBUNG

Tags
Google ads
Back to top button