11 INDIVIDU KENA KOMPAUN RENTAS DAERAH.AMBIL GAMBAR RAYA PUNYA HAL
Sebanyak 11 individu merentas daerah untuk merakam gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri dikenakan kompaun RM5,000.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kesemua lelaki berusia 20 hingga 23 tahun itu ditahan anggotanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan ketika melakukan rondaan Op Covid-19 di Jalan Baru Pulau Bunting, Yan pada jam 6 petang 13 Mei.
Katanya, sebaik disoal kesemua mereka gagal mengemukakan surat merentas daerah.
Kemua mereka ditahan bersama empat buah kereta dan di bawa balik ke IPD Yan untuk dikompaun.
“Salah seorang daripada yang dikompaun bekerja di negeri lain namun memberi alasan pulang menziarahi ibu sakit di Alor Setar tetapi mengambil kesempatan merentas ke daerah ini tanpa surat kebenaran polis,” katanya.
Shahnaz berkata, mereka mengaku datang dari Alor Setar dan Kuala Muda ke Yan untuk tujuan berjalan-jalan dan mengambil gambar di Pulau Bunting sempena hari raya.
Jelasnya, 11 individu terbabit didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Shahnaz berkata, kompaun dikeluarkan Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021. -awani