Buletin

RENTAS DAERAH PERGI BELI-BELAH. DAPAT KOMPAUN RM5,000

Dua lelaki masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 selepas didapati melakukan rentas daerah tanpa kebenaran bagi mengunjungi sebuah pusat beli-belah di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan, pihaknya mendapati alamat tempat tinggal lelaki berusia 26 dan 33 tahun itu adalah di daerah Timur Laut semasa melakukan pemeriksaan kira-kira pukul 3.20 petang.

“Mereka gagal mengemukakan dokumen kebenaran merentas daerah ketika diminta sebelum kompaun bernilai RM5,000 dikeluarkan masing-masing kepada mereka.

“Mereka didapati pergi ke pusat beli-belah itu untuk membeli-belah,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button