Motosikal

MOTOSIKAL PUN NAK BALIK RAYA ‘NAIK’ MPV

Sebuah video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan keadaan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mengangkut pelbagai barangan bersaiz besar untuk pulang beraya di kampung, termasuk sebuah motosikal.

Menurut laporan laman berita Suara.com, pemilik MPV berwarna jingga itu meletakkan pelbagai barangan di bahagian bumbung kenderaan tersebut dan mengikatnya dengan rapi agar tidak terjatuh.

Apa yang menarik perhatian adalah sebuah motosikal yang turut dimuatkan di atas bumbung kereta selain rak berukuran besar dan dua buah tilam.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Itu bukan pulang beraya. Itu mahu pindah rumah sekali gus,” kata seorang netizen.

“Mahu pindah rumah, tetapi tidak menemui lori untuk mengangkut barang,” kata seorang lagi pengguna. –KOSMO!

Google ads
Back to top button