
ISI MINYAK PUN WAJIB DAFTAR MYSEJAHTERA. KALAU TAK BERDEPAN KOMPAUN RM1,000
Orang ramai wajib daftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera terlebih dahulu sebelum mengisi minyak kenderaan mereka atau berdepan tindakan kompaun sebanyak RM1,000.
Prosedur operasi standard (SOP) itu sama seperti pematuhan pemakaian pelitup muka di lokasi berkenaan.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, orang ramai yang mengunjungi stesen minyak mesti mengimbas kod MySejahtera walaupun tidak memasuki kedai serbaneka.
“Semua orang wajib imbas kod MySejahtera susulan stesen minyak ini sama seperti tempat awam yang mudah terdedah kepada Covid-19.
“Selain itu, ia juga memudahkan pihak berkuasa mengesan kontak jika ada kes pesakit positif Covid-19,” katanya.
Beliau menjelaskan, banyak kebaikan sekiranya orang awam mendaftar kehadiran mereka menggunakan aplikasi tersebut.
“Banyak nasihat telah diberikan kerajaan kepada semua rakyat dalam negara ini bagi memastikan rangkaian Covid-19 diputuskan jadi patuhilah SOP termasuk mendaftar kehadiran,” ujarnya. – Kosmo!
- BACA: BMW PLAT COVID 19 JADI TANDA TANYA. MILIK SIAPAKAH KERETA NI?
- BACA: PEMANDU, PENUMPANG ZON MERAH PERLU JALANI SARINGAN COVID-19 NAK MASUK KELANTAN
- BACA: COVID-19: 4,977 KAKITANGAN THAI AIRWAYS INTERNATIONAL MOHON SKIM PEMBERHENTIAN SUKARELA
- BACA: COVID-19: MAHB PASANG PENGIMBAS HABA TERKINI, PENGAWAL BERSIN DI 19 LAPANGAN TERBANG