Artikel PilihanBuletin

PRODUK TERBAHARU KOENIGSEGG – SEBUAH FILEM PENDEK

Nampaknya selain daripada mengeluarkan kereta-kereta hyper, Koenigsegg juga mampu menerbitkan filem. Walaupun ia sekadar filem pendek yang digunakan untuk mempromosikan model kereta keluaran mereka dan untuk filem mini bintang utamanya ialah sebuah Koenigsegg Regera.

Selain daripada sibuk mengeluarkan kereta-kereta hiper, nampaknya pekerja Koenisegg ini boleh melegakan tekanan dengan berlakon dalam flem keluaran syarikat mereka sendiri. Filem ini bertajuk ‘Time to Reign: A Koenigsegg Mini Blockbuster’.

Ia dikeluarkan secara dalaman keseluruhannya dengan arahan dan skrip dihasilkan sendiri oleh Sebastian, anak lelaki Christian von Koenigsegg. Christian dan isterinya Hallora turut berlakon dalam file mini dan memainkan watak mereka sendiri. Pelakon lain termasuklah penyelaras pemasaran dan acaram Christina Nordin yang berlakon sebagai ‘Phoenix’ dan pereka, Marcello Raeli sebagai ‘The Hacker’.

Jalna ceritanya pun mudah sahaja kerana berkisarkan satu cubaan untuk mencuri Regera milik Christian sendiri, sebuah model terakhir yang dihasilkan. Tapi ada sebuah lagi kereta yang mencuri perhatian dalam filem pendek ini, sebuah Volvo 940 lama yang muncul pada penghujung cerita dalam adegan kejar mengejar.

Bayangkan sebuah model sedan lama dan sebuah wagon V70 mampu berkejar-kejaran dengan Regera yang mempunyai 1478 bhp kuasa. Sudah tentu kereta-kereta otai ini perlukan talaan enjin dan suspensi yang dinaiktaraf.

Tapi sayangnya aksi kejar mengejar ini terlalu singkat. Ye lah, dah nama pun filem pendek. Apa-apa hal pun, nikmati dulu filem ini yang memang boleh tahan menarik.

Google ads
Back to top button