,
Artikel PilihanBuletin

PENYAMAN UDARA BUGATTI CHIRON MAMPU SEJUKKAN SEBUAH APARTMEN – DAHSYAT WEH

Suhu harian kini memang tidak menentu, kadang-kadang hujan lebat dan kalau pula memang boleh tahan panasnya. Bil elektrik memang melambung dibuatnya sebab penyaman udara dibuka sampai 20 jam sehari. Ini menjadikan penyaman udara satu keperluan dan bukannya lagi perkakasan mewah seperti satu ketika dahulu.

Itu baru rumah, macam mana dengan dalam kereta? Kereta-kereta moden tanpa penyaman udara memang ibarat ketuhar bergerak dan sebab itulah, kedai membaiki penyaman udara kereta muncul macam video tiktok budak-budak perempuan Melayu baru nak naik.

Bugatti memang sangat serius sewaktu membangunkan Chiron dan satu aspek yang diberi penekanan serius ialah sistem penyaman udara atau control climate kata orang sekarang.

Walaupun sistem penyaman udara kereta sudah wujud selama 80 tahun tetapi ia dikatakan berbeza mengikut jenis kereta. Kalau Kancil dulu memang penat sikitlah, kipas pun cuma tumpang kipas radiator. Nak lebih sejuk kena ubahsuai tambah kipas tambahan satu lagi. Berpeluh sampai ke kaki weh kalau terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Berbeza dengan Chiron yang menggunakan kompressor yang berkuasa dan dua unit condenser.

Chiron mempunyai saluran penyaman udara sepanjang hampir 9.5 meter dan kompressornya mampu memampatkan 3 kilogram penyejuk (coolant) secara kasar dengan tekanan sekitar 2 bar sehingga ke 30 bar seminit. Kalau tak faham, Bugatti nak bagi tahu yang sistem penyaman udara Chiron ini cukup berkuasa untuk menyejukkan apartmen mewah seluas 861 kaki persegi. Perghh… hebat.

Bunyi macam mudah kan tapi proses pembangunan penyaman udara untuk Chiron ni rumit tuan-tuan. Julia Lemke, salah seorang jurutera Bugatti menerangkan yang berbeza dengan kereta biasa yang memaksa masuk udara melalui bukaan bawah cermin hadapan untuk penyaman udara, Bugatti perlu bergerak selaju 250 km/j untuk proses yang sama berlaku.

Letih macam tu, kena laju gila baru udara disuap masuk ke penyaman udara. Jadi penyelesaiannya ialah bertukar kepada tekanan negatif dengan sistem kawalan yang sofistikated. Flap udara tambahan digunakan untuk mengoptimakan hembusan udara sekaligus memastikan ianya sentiasa memasuki kabin. Kalau tak faham tengok je gambar tu okey.

Sudah tentu banyak lagi halangan lain untuk menyejukkan Chiron antaranya ialah cermin utamanya yang agak rata menyukarkan udara dialirkan ke dalam kabin tapi semua itu berjaya diatasi dengan kebijaksanaan dan teknologi tinggi.

Apa-apa pun mereka berjaya mengatasinya dan memastikan suhu dalaman kabin sentiasa mencapai tahap yang diperlukan dalam masa yang singkat.

Tags
Google ads
Back to top button