,
Artikel PilihanBuletin

FORD MUSTANG DENGAN PELEKAT “STREET RACING IS NOT A CRIME” DIKENAKAN 5 SAMAN – OH NO DAHSYATNYA KAMU!

Ini lagi satu berita menarik mengenai Ford MLM, maaf, Ford Mustang. Rasanya semua orang pun dah tahu yang kereta ni memang senang terbabas kalau tersalah tekan pedal minyak sambil berdiri. Tapi ini berita kemalangan yang menjadi perhatian ramai kerana pelekat-pelekat yang ditampal pada kereta tersebut.

Pelekat apa? Menurut  Jabatan Polis Oak Bay, Kanada, Mustang terbabit mempunyai pelekat “Street Racing is Not a Crime” dan satu lagi “Yes officer, I did see the speed limit sign (I just didn’t see you) di bahagian cermin belakang. Okey, kami bagi 3 Ha.

Kalau tak eksiden memang la nampak cool tapi kalau dah kemalangan memang terserlah aura bangang lagi poyo. Lagi nampak tak bijak bila kemalangan tersebut berlaku akibat cuba melarikan diri dari polis.

Menurut pihak polis, kejadian berlaku bila seorang pegawai mereka melakukan penguatkuasaan had laju di kawasan 40 km/j pada jam 12.30 pagi. Mustang tersebut dikesan dipandu dengan kelajuan 73 km/j menyebabkan pegawai terbabit menyalakan lampu amaran dan mula mengejar.

Punyalah sekejap babak kejar mengejar, baru sejauh 350 meter Mustang terbabit dan tersondol sebatang pokok yang berada di tepi jalan. Pokok tu nampak okey je tapi Mustang tu memang remuk habis weh.

Pemandu dan dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi seorang penumpang terpaksa dikejarkan ke hospital tapi juga didapati tidak mengalami kecederaan serius. Hebat juga Mustang ni kan?

Pemandu seorang wanita berusia awal 20-an (kalau kat sini mesti tokey tudung ataupun tokey kosmetik baru nak up kan?) dan memandu dengan lesen ‘N’. Bukan lesen neutral tetapi lesen novis yang cuma dibenarkan membawa seorang penumpang sahaja. Bacaan alkohol lesen N mesti 0.00 dan cik adik ini mempunyai bacaan 0.04.

Hasilnya ialah 5 saman dikeluarkan. Satu saman melebihi had laju, satu lagi kerana memandu secara cuai dan tiga lagi kerana melanggar larangan untuk lesen kelas N. Fuh, masak la dapat saman kembar 5.

Menurut pihak polis, pelekat yang ditampal menunjukkan yang sesetengah pemandu memang masih lagi tidak matang dan langsung tiada kesedaran tentang aspek keselamatan di jalan raya.

Mereka akan membahayakan bukan hanya diri sendiri tetapi juga orang lain dan sahabat handai mereka sendiri. Dengar tak wahai pemandu-pemandu yang masih kurang matang di luar sana?

Tags
Google ads
Back to top button